Hujung Tahun Telah Tiba, Ini 5 Tempat Yang Menarik Untuk Bercuti Di Dalam Malaysia

Travel

Hujung Tahun Telah Tiba, Ini 5 Tempat Yang Menarik Untuk Bercuti Di Dalam Malaysia

Pada Disember 2024, tarikh bermula cuti sekolah adalah daripada 20 Disember sehingga 28 Disember 2024 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Bagi Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak dan Selangor bermula 21 Disember sehingga 29 Disember.

Berdasarkan tarikh cuti tersebut, inilah masa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kesempatan untuk menghabiskan cuti tahunan masing-masing.

Advertisement

Ini 5 tempat yang boleh dilawati pada musim cuti sekolah.

  • Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang

Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang

Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Ko​nservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat. Semua perlaksanaan aktiviti pada pukul 2.15 petang bergantung kepada paras air sungai dan juga cuaca semasa. Jika paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan.

  • Skytrex Adventure, Melaka

Skytrex Adventure, Melaka

Taman ketiga Skytrex Adventure ini menampilkan cabaran-cabaran unik seperti Skybike pertama di Malaysia, UFO, Tarzan Bungee Swing, dan banyak lagi.

  • Escape Theme Park, Teluk Bahang, Penang

Escape Theme Park, Teluk Bahang

Melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan penekanan pada permainan yang berpandukan inisiatif sendiri dan menggunakan tenaga sendiri, pengunjung dapat menikmati konsep ‘Low Tech, High Fun’.

  • Farm In The City, Seri Kembangan

Farm In The City, Seri Kembangan

Farm in the City (FITC) menggabungkan elemen hidupan liar dan alam semula jadi dalam persekitaran yang direka sebagai taman pemuliharaan. Ia menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan ternakan dan eksotik serta tumbuhan dalam kandang khas yang dibina.

  • Ladang Burung Unta, Perlis

Ladang Burung Unta, Perlis

Ladang Burung Unta yang terletak di Padang Besar, Perlis adalah salah satu destinasi agro-pelancongan menarik yang wajib dikunjungi.  Ladang ini diuruskan oleh Jabatan Veterinar Perlis dan merupakan salah satu tarikan utama dalam Taman Agro-Lancong, Padang Besar.

1 month ago

Ada 'Plan' Nak Bercuti Di Jepun? Ini 5 Hotel Di Jepun Dengan Pemandangan Gunung Fuji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...