Sekali lagi memperoleh perhatian netizen, Datuk Aliff Syukri telah menimbulkan perasaan kurang senang apabila dia bertindak memuat naik video mempromosikan produk tetapi menggunakan videonya bersama Allahyarham Wani Comel.
Video yang pada mulanya memaparkan momen-momen dia bersama Wani Comel ketika hayatnya itu kemudian diakhiri dengan iklan promosi produk perlansingan badan sekaligus mengundang kritikan warga maya.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan itu, ramai pengikut media sosial usahawan tersebut telah meminta dia untuk memadam video tersebut kerana dirasakan tidak sensitif seperti mengaut keuntungan di atas kesedihan orang lain.
“Dah sedih-sedih lepas tu sempat selit promosi produk..” tulis seorang netizen.
Terdahulu, gadis obesiti yang pernah tular sebelum ini berikutan kes arwah bersama Datuk Aliff Syukri yang didakwa telah mengeksploitasi dirinya telah meninggal dunia pada 19 Ogos lalu akibat jangkitan COVID-19.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.