“Hujung-Hujung Ini Kelam-Kabut Tapi Mungkin Nervous..” – Amira Othman Hampir Terlupa Bakal Bergelar Pengantin

Hiburan

“Hujung-Hujung Ini Kelam-Kabut Tapi Mungkin Nervous..” – Amira Othman Hampir Terlupa Bakal Bergelar Pengantin

Melalui laporan mStar, penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengakui dirinya hampir terlupa dirinya bakal menjadi pengantin pada jam 8 petang sebentar lagi bersama pilihan hati, aktor Fattah Amin.

Lupa bakal bergelar pengantin

Kata Amira atau Nadia Amira Othman, dia terlalu sibuk dengan pelbagai persiapan untuk majlis pernikahan hingga tidak perasan masa berlalu dengan sangat pantas.

Advertisement

Saya terlupa pula malam ini nak jadi pengantin sebab hujung-hujung ini kelam-kabut tapi mungkin nervous kejap lagi datang ketika nak masuk dewan, harapnya semua berjalan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reka Teemor (@rekateemor)

Dalam pada masa yang sama, penyanyi itu sempat mengucapkan terima kasih buat tetamu yang sudi datang dari jauh untuk hadir ke majlis pernikahannya pada malam ini.

Syukur dapat buat majlis Khatam Al-Quran

Kongsi Amira lagi, dia berasa teruja dapat melakukan majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung pada Ahad pagi tadi kerana sudah lama mengimpikannya.

Sudah lama saya nak buat dan saya mengimpikan jika ada kesempatan rezeki bernikah Alhamdulillah termakbul hari ini. Saya harap keberkatan majlis khatam ini kita tahu banyak malaikat turun doa mudah-mudahan mengiringi kita semua.

amira othman majlis khatam al-quran
2025-09-14 15:30:17

(VIDEO) "Rezeki Fattah Amin.." - Suara Dipuji Merdu, Amira Othman Curi Perhatian Di Majlis Khatam Al-Quran Sebelum Bernikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...