“Hubungi Saya Okay..” – Azhar Sulaiman Nak Bantu Abby Abadi Dan Norman Hakim Jika Perlukan Bantuan Perundangan

Hiburan

“Hubungi Saya Okay..” – Azhar Sulaiman Nak Bantu Abby Abadi Dan Norman Hakim Jika Perlukan Bantuan Perundangan

Memetik Kosmo Online, pelakon versatil, Azhar Sulaiman ada menawarkan bantuan sekiranya Abby Abadi dan Norman Hakim ingin mendapatkan bantuan perundangan berhubung isu melibatkan anak mereka, Marissa Dania Hakim sebelum ini.

Ujar Azhar, dia sedia dihubungi Norman dan Abby jika berhasrat berbuat demikian.

Advertisement

Bapa kepada pensohor media sosial Kasih Iris Leona itu turut dilihat memberikan kata-kata positif buat kedua-duanya yang terjejas dengan isu memalukan seperti itu.

Kepada Norman dan Abby. Tiada ibu bapa yang tidak diuji oleh Allah S.W.T. Setiap keluarga ada ujiannya yang berbeza dan tersendiri. Kalau kita belum diuji, tunggulah masa kamu semua nanti.

Tolong hubungi saya jika kamu berdua perlukan bantuan perundangan okay. Saya sayang kamu berdua.

Terdahulu, Marissa dilaporkan mengaku bersalah di atas pertuduhan menjadi punca kerosakan rumah tangga satu pasangan suami isteri sehingga bercerai berai.

Sehubungan itu, Norman dan Abby selaku ibu bapa kandung anak gadis berusia 18 tahun itu dikecam teruk warga maya dan ada juga yang mengambil kesempatan ‘mengorek’ kembali kisah rumah tangga kedua-dua mereka yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Janna nick dini mat over
8 months ago

"Tunggulah Balasan Allah" - Mat Over Kirim 'Pesanan' Buat Janna Nick Dan Dini Schatzmann

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...