Bercinta, bertunang, salah faham, gaduh, putus cinta, sambung semula dan kini, putus sekali lagi. Begitulah ringkasan hubungan antara Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim. Walaupun sudah merancang untuk berkahwin tahun ini, nampaknya hajat tersebut tidak kesampaian. Uqasha memaklumkan yang percintaan mereka telah tamat 3 Februari lalu atas permintaan Pekin sendiri.
Namun agak pelik apabila Pekin Ibrahim menafikan yang hubungan mereka sudah berantakan. Menerusi BiPop, Uqasha dan Pekin memberikan kenyataan yang berbeza. Kata Uqasha apabila ditanya sama ada hubungannya dengan Pekin sudah berakhir:-
Ya (hubungan kami sudah berakhir). Dia (Pekin) minta putus 2 hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri kepadanya.
Hasrat kami nak berkahwin pada tahun ini juga nampaknya takkan menjadi kenyataan. Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri rahsia Tuhan.
Sementara itu Pekin pula berkata yang hubungan mereka masih OK. Kata Pekin:-
Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yang kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum dapat ditetapkan lagi.
Misteri bukan? Tak tahu mana satu yang bercakap benar. Yang pasti salah seorang daripada mereka sedang “cover line”. Mungkin dalam minggu ini kita akan mengetahui kebenarannya. Apa pun, kita hanya merancang. Sesungghunya perancangan dariNya lebih sempurna berbanding kita.