Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pula kita dengari tentang kisah kecurangan dan orang ketiga, tak kiralah pasangan selebriti atau orang biasa.
Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah turut tidak ketinggalan untuk memberikan pandangan dan kenyataan berkenaan isu curang dalam rumah tangga.
Menerusi hantaran di Instagram, Fadzilah berkata bahawa mana-mana hubungan yang musnah akibat dicurangi tidak akan kembali normal.
Tambahnya, meskipun hubungan terjalin semula dan dimaafkan namun individu yang dicurangi itu tetap akan ingat sampai bila-bila.
Benar kita boleh memaafkan. Ia boleh dilafazkan dan keadaan nampak seperti kembali normal. Tetapi kita kena sedar ini, memaafkan tidak bererti melupakan. Niat untuk reda tetapi bukan senang nak lupakan. Luka di hati, kan? Siapa yang tahu.”
Fadzilah turut berpesan kepada mana-mana individu yang bermain kayu tiga di belakang pasangan untuk beringat sebelum semuanya terlambat.
Katanya, kepercayaan kita itu umpama kaca dan jika ia musnah makan bersiapkan untuk kehilangan dan rasa sayangnya kepada pasangan.
Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata daripada Fadzilah itu terutamanya tentang memaafkan tetapi tidak mudah untuk melupakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.