Dapat dilihat melalui laporan Xtra, adik kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil menepis dakwaan mengenai hubungan kakaknya bersama Ahli Parlimen, YB Syed Saddiq sedang goyah.
‘Bella masih bahagia dengan Syed Saddiq’
Didi meluahkan rasa pelik apabila orang ramai mengajukan soalan mengenai keadaan kakaknya, malah menegaskan Bella masih bahagia serta tidak wujud hal pelik dalam hubungannya bersama Syed Saddiq.
Bella okay tak? Okay sahaja. Saya tak nampak benda-benda pelik berlaku dengan mereka.
View this post on Instagram
Peminat #BASS ‘overthinking’
Dalam pada masa yang sama, Didi turut menganggap peminat pasangan itu iaitu #BASS hanya ‘overthinking’ kerana memutar belitkan kenyataan Syed Saddiq yang sebelum ini mengatakan dirinya terhutang budi dengan Bella.
Mereka okay sahaja, saya tengok mereka happy. Mereka pun masing sweet-sweet sahaja.
Sekadar info, hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq mula meraih perhatian warganet selepas mereka digandingkan menjadi duta untuk satu jenama baju raya lokal pada tahun ini.