Sebelum ini, ramai yang sudah tahu mengenai kes dimana suami kepada aktres Sharifah Shahora iaitu Raja Mukhriz telah bermain kayu tiga selepas Shahora sendiri mendedahkan perkara tersebut menerusi media sosial miliknya. Nampaknya, pendedahan berkenaan telah memberikan seribu satu hikmah buat Shahora kerana beliau sudah berjaya memperbaiki rumah tangga mereka yang retak akibat orang ketiga.
Alhamdulillah, dua minggu selepas pendedahan itu, Mukhriz memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp dan Facebook. Saya nampak usahanya yang mahu perbaiki hubungan ini.
Walaupun hati saya masih lagi sakit dengan sikapnya itu, tetapi sebagai seorang isteri yang sudah lama hidup bersama, tambahan pula kami ada anak, saya berfikir panjang dan memperbaiki semula perkahwinan kami.
Mungkin bagi orang luar, mereka nampak keburukan apabila saya dedahkan sikap buruk suami. Tetapi ia berhasil bagi saya. Jika tidak, masalah ini mungkin berlarutan tanpa kesudahan. Saya harapkan bersempena dengan berkat bulan Ramadan ini rumah tangga kami dapat kembali normal.
Tambah Shahora, pergolakan rumah tangga beliau memberikan seribu satu pengajaran buatnya dimana sebagai pasangan suami isteri, mereka seharusnya bersikap lebih terbuka dan duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang mereka sedang hadapi sebelum bertindak secara melulu.
Mungkin kami dah tua membuatkan fikiran kami lebih matang. Rasanya jika saya muda, jalan penyelesaian saya adalah berpisah. Atau mungkin melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Seperti yang kita lihat sekarang ini ramai pasangan suami isteri yang bertindak melulu sehingga membunuh kerana masalah yang timbul dalam rumah tangga.
Alhamdullilah, ini adalah satu berita yang agak baik pada bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga Sharifah Shahora dan suami akan terus berusaha untuk mempertahakan rumah tangga mereka dan kami mendoakan agar jodoh mereka berkekalan.