Hubungan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kembali Mekar?

Hiburan

Hubungan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kembali Mekar?

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pernah dikaitkan dengan hubungan cinta satu ketika dahulu. Namun selepas kedua-duanya menafikan, cerita mengenai mereka terus senyap. Tidak lama kemudian timbul pula desas-desus yang Shaheizy Sam telah kembali kepada bekas kekasihnya, Puteri Najuwa. Sekali lagi desas-desus tersebut mati begitu sahaja. Kali ini timbul pula khabar angin yang menyatakan hubungan antara Sam dan Syatilla mekar kembali. Hmmmmm.

syatilla melvin dan shaheizy sam

Advertisement

Desas-desus ini semakin bertiup kencang apabila Syatilla Melvin dilihat menghabiskan masa bersama ibu Sam, Khaty Fauziah. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Syatilla telah dilihat meluangkan bersama Khaty Fauziah dan beberapa lagi orang rakan. Sekiranya memang benar Sam dan Syatilla kembali menjalinkan hubungan, ini mungkin bermakna yang hubungan mereka direstui oleh si ibu.

syatilla melvin dan shaheizy sam

Malah Syatilla Melvin baru-baru ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shaheizy Sam adalah antara lelaki paling rapat dalam hidupnya. Kata Syatilla menerusi Kosmo:-

Kami kawan rapat. Dia antara lelaki paling rapat saya. Saya tidak berani hendak cakap ya atau tidak mengenai hubungan kami. Apa-apa yang terjadi saya terima. Bagi saya, dia seorang lelaki yang mudah untuk dibawa berbincang dan ringan tulang apabila saya meminta tolong.

syatilla melvin dan shaheizy sam

Abang Nara berdoa agar desas-desus ini menjadi kenyataan. Umur Shaheizy Sam pun dah semakin meningkat. Memang sesuai benar untuk menjadi seorang suami. Lagipun Sam dan Syatilla bak pinang dibelah dua. Nampak gaya hubungan pun macam dah direstu. Semoga ada sinar penamat yang bahagia untuk kisah ini. Sama-samalah kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...