February 12th, 2016

Sekitar tahun lepas, hubungan Amar Baharin dan Izreen Azminda dikatakan dingin selepas Izreen mengkritik lakonan Amar  didalam satu pementasan teater secara terang-terangan di akaun Instagram miliknya.

Malah, Amar juga akui kecewa dengan sikap Izreen yang tidak mahu bertemu empat mata secara peribadi dan menegur beliau dengan cara baik.

Namun, semua itu kisah lama dan Amar mengambil setiap kritikan Izreen sebagai pembakar semangat untuk  memberikan yang terbaik dalam teater terbarunya Zombie La La La.

Amar juga memberitahu, hubungan beliau dan Izreen masih lagi baik seperti sebelumnya.

Jika orang tidak komen atau kritik, bagaimana saya hendak tahu di mana kelebihan dan kekurangan yang saya ada? Kita kena belajar daripada kesilapan diri sendiri.

Dalam isu ini saya menyambut baik kritikannya, malah, hubungan saya dan Izreen masih baik dan kami masih berkawan baik. Saya akan buat yang terbaik dengan apa yang diberikan oleh pengarah selepas ini.

Baguslah kalau tidak bermasam muka antara satu sama lain, dunia hiburan Malaysia ini kecil  macam mana pun akan bertentang mata juga nanti.

Sumber Berita: Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...