Setelah lama menyepi tanpa sebarang berita, pasti banyak pihak tertanya-tanya apakah kesudahan kontroversi antara Afiq Muiz dan ibunya. Sudah berbaik ke? Masih bermasam muka ke? Atau mungkin masih tidak bertegur sapa?
Hari ini menerusi Berita Harian, Afiq memaklumkan yang hubungannya dengan ibu sudah pun pulih. Namun Afiq enggan mengulas lanjut kerana takut kenyatannya ditokok tambah untuk menghangatkan lagi cerita. Kata Afiq:-
Saya tidak mahu komen apa-apa. Hubungan kami (saya dan ibu) sudah OK. Saya rasa media tidak perlu tahu kerana ia membabitkan soal peribadi. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa lagi dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini.
Tidak guna saya beriya-iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah. Jadi lebih baik saya tidak memberikan komen panjang lebar
Afiq Muiz turut menafikan yang dirinya berpegangan tangan dengan teman tapi mesranya, Eina Azman. Malah Afiq memohon agar dirinya tidak difitnah lagi. Namun Abang Nara gembira apabila mendengar Afiq masih mendapat tawaran lakonan walaupun dihimpit kontroversi sebegini.
Bila masa pula kami berpegangan tangan? Saya rasa tidak perlulah saya komen hal ini, tolong jangan menambah fitnah ke atas diri saya.
Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun dengan apa yang berlaku selama ini. Saya percaya rezeki di tangan Allah dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Saya kini sibuk menjalani penggambaran drama Ratu Syuhada untuk RTM
Lega hati Abang Nara mendengar hubungan Afiq dan ibunnya sudah pulih. Baguslah begitu. Semoga hubungan tersebut dapat dirapatkan kembali seperti sediakala. Jangan gaduh-gaduh lagi. Hormati, sayangi dan kasihanilah ibu anda. Semoga hidup Afiq Muiz akan lebih diberkati selepas ini.