November 28th, 2017

Hubungan baik Engku Emran, Laudya Cynthia Bella dan Erra Fazira sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ramai. Kata orang, mereka boleh dijadikan contoh kepada masyarakat. Tidak dinafikan, menerusi foto-foto yang dikongsikan, kegembiraan mereka bertiga cukup terserlah apabila dapat meluangkan masa bersama.

Bella menerusi portal Sinar Harian meluahkan rasa syukur dan sudah menganggap Erra sebagai kakaknya.

Masya-ALLAH, mereka (peminat) suka? . Alhamdulillah, saya memang sangat menjaga hubungan silaturahim ini. Lagipun, saya pula tiada teman yang ramai di sini. Hubungan kami bagai adik dan kakak. Lagipun, Erra adalah emak Aleesya dan dia juga memanggil saya Bunda. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya punya teman untuk saling berkongsi cerita mengenai apa saja. Itu yang membuat kami semakin rapat.

Ramai yang cukup kagum dan memuji keakraban mereka berdua dan berharap ia akan kekal sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Sumber Berita : Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...