Sedia maklum, isu kemelut rumah tangga seorang influencer dikenali ramai iaitu View Chin dan isteri, Shermine telah meraih perhatian ramai selepas si isteri membongkarkan kelakuan suami berlaku curang bersama staf sendiri yang dikenali sebagai Mira.
Pelbagai bukti telah didedahkan oleh Shermine di laman Facebooknya sebelum ini dan melalui screenshot mesej yang ditunjuk, View Chin dan Mira didakwa sering melakukan perbuatan zina sepanjang bersama.
Lama mendiamkan diri, akhirnya ‘skandal’ View Chin, Mira atau nama sebenar Amirah Firdaus mengeluarkan statement di Instagram Story.
Melalui hantaran tersebut, dia mengakui kesilapan yang dilakukan dan menerima segala kecaman yang dilemparkan kepada dirinya dengan hati terbuka.
Bagaimanapun, Mira sempat menafikan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan influencer tersebut, sebaliknya mula bercinta selepas View Chin bercerai dengan isteri.
Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan rasa menyesal atas perbuatan yang dilakukan bersama lelaki tersebut.
Sekadar info, View Chin sebelum ini menafikan perbuatan jijik yang dilakukan dan mendakwa Shermine adalah punca rumah tangga mereka goyah setelah kantoi mempunyai lelaki lain.