Hubungan Lufya & Kerabat Diraja Johor Tamat Selepas Kontroversi

Hiburan

Hubungan Lufya & Kerabat Diraja Johor Tamat Selepas Kontroversi

Salah satu aktiviti Abang Nara di hari Ahad ialah berehat sambil membaca suratkhabar. Sambil-sambil tengok anak bermain di laman rumah, sambil menyedut informasi semasa yang berlaku dalam dan luar negara. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah kisah hubungan Lufya (bekas AF6) dan salah seorang kerabat diraja Johor iaitu Tunku Abdul Jalil.
tunku abdul jalil lufyaDesas-desus dan khabar angin ada yang menyatakan hubungan Lufya dan Tunku Abdul Jalil sudah sampai ke tahap percintaan. Namun menerusi Metro Ahad semalam, Tunku Abadul Jalil menafikan perkara tersebut. Malah menurut Tunku Abdul Jalil, desas-desus itu hanyalah gosip murahan. Kata beliau:-

Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya. Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana.

Meskipun tidak hairan dengan perbuatan itu, saya tidak mahu rakyat salah faham dan salah anggap sedangkan ia tidak benar.

lufya

Sementara itu Lufya juga melahirkan rasa kesalnya kerana kontroversi ini telah menyebabkan hubungan persahabatannya dengan Tunku Abdul Jalil yang terjalin selama 10 tahun berakhir. Kata Lufya menerusi Mstar Online:-

Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.

Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti ‘cinderella’ yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu.

Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja

Advertisement

lufya

Kesian juga kalau persahabatan selama 10 tahun terlerai begitu sahaja. Namun nak buat macam mana kan? Itulah suratan takdir. Semoga kontroversi ini akan membuatkan Lufya lebih berhati-bati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...