Pelakon dan penyanyi Bella Astillah baru-baru ini ada membuat pendedahan bahawa dia dan suami, Aliff Aziz telah terkena sihir pemisah yang dihantar oleh seorang wanita.
Mengulas lanjut, Bella memaklumkan bahawa sihir itu dihantar dengan tujuan membuatkan rumah tangga yang dibina bersama Aliff hancur musnah.
Jelasnya lagi, hubungan dia bersama suaminya itu juga tidak baik namun ada perubahan setelah berubat dengan perubatan Islam.
Terlalu berat untuk saya ceritakan. Tapi, menurut kata ustaz yang merawat itu adalah sihir pemisah rumah tangga. Hubungan saya dengan Aliff juga jadi tak okay disebabkan perkara itu.
Tapi Alhamdulillah sudah ada perubahan selepas kami berubat. Saya juga bersyukur Aliff terbuka hati untuk ikut berubat sebab ramai pasangan yang terkena perkara begini enggan untuk berubah.
Cerita Bella lagi, dia dan Aliff sering mengalami mimpi buruk seperti ular dan lembaga hitam.
Dalam pada itu, penyanyi itu kini mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian di media sosial mengenai hal-hal peribadi seperti keluarga dan sebagainya.
Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang keluarga di media sosial.
Dia dan Aliff turut memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa dan enggan mencari siapa dalang di sebalik tragedi yang menimpa rumah tangga mereka kala ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.