“Hubungan Kami Sekarang Lebih Kepada Rakan” – Ira Kazar Dedah Masih Berkomunikasi Dengan Syamsul Yusof

Hiburan

“Hubungan Kami Sekarang Lebih Kepada Rakan” – Ira Kazar Dedah Masih Berkomunikasi Dengan Syamsul Yusof

Bekas isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kazar mendedahkan dia dan bekas suaminya itu masih berhubungan dan berada dalam keadaan baik.

Kongsi Ira yang ditemui media, mereka berdua tidak menyimpan sebarang dendam antara satu sama lain meskipun sudah bercerai.

Advertisement

Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh. Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan.

Katanya lagi, keputusan untuk tidak bermusuh dirasakan yang terbaik kerana ingin memastikan kesihatan mental dan emosi masing-masing berada dalam keadaan stabil.

Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang. Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami.

“Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan. Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan. Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya.” kongsi Ira lagi.

Terdahulu, Ira dan Syamsul sah bercerai talak satu setelah wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sherry ibrahim kongsi pengalaman jadi pramugari
2 months ago

Sherry Ibrahim Kongsi Pengalaman Jadi Pramugari, Akui 'Innocent' Tak Pernah Jejak Kelab Malam

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...