Hubungan Kami Okay, Saya Dalam Proses Bimbing Dia – Tunang Intan Najuwa

Hiburan

Hubungan Kami Okay, Saya Dalam Proses Bimbing Dia – Tunang Intan Najuwa

Baru-baru ini, hubungan pelakon Intan Najuwa dan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis menjadi tanda-tanya selepas lelaki itu memuat naik status luahan kecewa di Instagram mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja.

intan najuwa tidak hormat tunang

Advertisement

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Fazrul menjelaskan kenyataan tersebut bukanlah ditujukan pada Intan dan hanya sekadar status umum sahaja. Hubungan mereka berdua masih baik dan dia kini dalam proses untuk membimbing Intan.

Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.

intan najuwa zul ariffin

Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang.

Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa , saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik.

intan najuwa tunangFazrul berkata hubungan mereka tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan dan dia memahami kerjaya tunangnya itu sebagai seorang artis dimana ada kalanya akan timbul gosip. Dia tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan faham lumrah kehidupan artis sama seperti dunia politik.

Terdahulu, foto Intan bersama Zul Ariffin tular dan mengundang kecaman netizen selepas kedua-dua pelakon itu dilihat begitu mesra sekali berpelukan dengan tangan aktor itu diletakkan di atas peha Intan. Pelakon wanita itu dikecam teruk seakan “mudah” membiarkan dirinya disentuh lelaki lain.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

10 Comments

  1. Yu

    October 21, 2019 at 11:42 am

    Baru nak bimbing, tunang dia tu bukan islam ke sblm ni.. just ask

  2. farah

    October 21, 2019 at 10:02 am

    bodoh sangat ke sampai nak kena bimbing. use common sense la

  3. Cristal

    October 21, 2019 at 9:38 am

    Nampak la pikiran die matang..dn educated
    X mcm si merah tuuuu

  4. Anonymous

    October 21, 2019 at 9:11 am

    ini betul. sebelum jadi tunang, memang dah macam tu life Intan tu… dah jadi tunang nak kecoh kenapa. Kalau nasihat elok2, tak la makan hati sampai hint di sosial media.

  5. Kobes Bunga

    October 21, 2019 at 9:00 am

    dah kau pilih pelakon.. kne terima la kerja dia… x ske, suh dia benti kje…bg duit kepok2