Baru-baru ini, hubungan pelakon Intan Najuwa dan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis menjadi tanda-tanya selepas lelaki itu memuat naik status luahan kecewa di Instagram mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja.
Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Fazrul menjelaskan kenyataan tersebut bukanlah ditujukan pada Intan dan hanya sekadar status umum sahaja. Hubungan mereka berdua masih baik dan dia kini dalam proses untuk membimbing Intan.
Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.
Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang.
Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa , saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik.
Advertisement
Fazrul berkata hubungan mereka tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan dan dia memahami kerjaya tunangnya itu sebagai seorang artis dimana ada kalanya akan timbul gosip. Dia tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan faham lumrah kehidupan artis sama seperti dunia politik.
Terdahulu, foto Intan bersama Zul Ariffin tular dan mengundang kecaman netizen selepas kedua-dua pelakon itu dilihat begitu mesra sekali berpelukan dengan tangan aktor itu diletakkan di atas peha Intan. Pelakon wanita itu dikecam teruk seakan “mudah” membiarkan dirinya disentuh lelaki lain.

ikan
October 22, 2019 at 2:52 am
bagusla nak bimbing. teserlah ciri2 kebapaan tu kat situ. dah memang tanggungjawap suami nnt bimbing isteri. tapi sebelum kawin ni tanggungjawap pak dia.
Senah
October 21, 2019 at 3:13 pm
Tolonglah jangan amik gambar sambil buat lidah camtu. Sumpah annoying & langsung tak cute. Muka dah elok comel pergi mengada2 buat camtu. Tak faham aku
syaitoonnnn
October 21, 2019 at 2:35 pm
tak lama gaisssss…tak lamaaaa
sendu
October 21, 2019 at 11:54 am
sebab lawa & kau tak merasa lagiiii. bole la kau kata kau nak bimbing dia.
Cuba sendu. pastu kau pun dh try test & error.
nan hado nya kau nak bimbing bimbing aihhh.
Yu
October 21, 2019 at 11:44 am
Nak kena bimbing pulak, tunangnya tu bukan islam ke sblm ni. just ask.