January 22nd, 2013

Susulan pengakuan Zain Saidin yang dia bakal berkahwin dengan Rozita Che Wan tahun ini, Rozita hari ini tampil menerusi Utusan Malaysia untuk menafikan perkhabaran yang dirinya sudah dirisik dan bertunang dengan Zain.

rozita dan zain

Namun begitu, Che Ta tidak menafikan yang hubungannya dengan Zain Saidin adalah serius. Kata Rozita Che Wan:-

Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya. Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami.

Abang Nara rasa Rozita Che Wan ini mungkin malu-malu untuk mengakui hubungan cintanya dengan Zain Saidin. Memang wanita Melayu terakhir sungguh. Tak apalah. Yang penting mereka berdua bahagia. Nanti kalau kahwin, jangan lupa jemput Abang Nara. Bolehlah Abang Nara tengok Che Ta cantik memukau dalam baju pengantin. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...