Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hubungan Dengan Kekasih Masih Baik, Cuma Tiada Ilham Tarikh Sesuai Nikah – Idris Khan

Selepas dua kali menunda majlis pernikahan beliau bersama gadis dari Maghribi, ramai yang tertanya apakah status hubungan pelakon Idris Khan bersama kekasihnya itu. Adakah perancangan untuk berkahwin itu masih ada ataupun sebaliknya.

Advertisement

Menjawab persoalan tersebut, Idris memberitahu hubungannya dan kekasih masih lagi baik, namun beliau belum mempunyai ilham untuk mencari tarikh yang sesuai untuk bernikah.

Saya tidak berani memberitahu tarikh yang dicadangkan kerana kalau tidak jadi nanti, orang akan cakap saya asyik menangguhkan majlis pernikahan. Maklumlah, sudah dua kali majis pernikahan kami terpaksa ditangguhkan sebelum ini. Apa yang boleh saya beritahu, majlis pernikahan kami bakal berlangsung pada awal tahun depan.

Idris ingin mengadakan majlis secara sederhana sahaja di mana semua orang yang penting dan rapat dapat hadir di hari bahagianya itu.

Saya mahukan majlis pernikahan itu dihadiri teman rapat dan mereka yang bermakna dalam hidup kami. Sebab itu, saya sukar untuk mendapatkan tarikh sesuai untuk majlis pernikahan kerana bukan mudah untuk mengumpulkan mereka semua dalam satu majlis.

Terdahulu, Idris pada awalnya memberitahu beliau bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun 2017 dan kemudiannya ditunda pada 20 Januari tahun ini.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. nok gebuzzz

    September 11, 2018 at 8:39 am

    bakal bini ko tu mcm high maintenance jer…harus la nak kompol duit dulu…job pon mcm xd jer….”retis sendu”pilih pompuan x nak kalah….good luck la bro!!

  2. anonymous

    September 11, 2018 at 12:35 am

    SAMPAH

  3. Anyone

    September 10, 2018 at 9:53 pm

    Muka sama .. InsyaAllah jodoh kekal. Persiapkan diri dgn iman Dan taqwa utk ke fasa seterusnya menjadi Suami , ketua keluarga , pembimbing dlm keluarga. Semoga terpelihara Dari jadi Suami yg dayus . Perkahwinan tu bukn sekadar kahwin menghalalkan hubungan .. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab besar yg diamanahkan oleh Allah. Semoga dipermudahkan segalanya.

  4. Duchess DPP

    September 10, 2018 at 8:49 pm

    Maghribi kat mana Minah Pakaian moden ni tinggal. Aku gi Maghribi majority pompuan Berhijab except masa mandi di hammam semuanya alahai….

  5. Gorges

    September 10, 2018 at 10:28 am

    Simpan duit banyak banyak before kawin. Jadi artis nih zaman laku tak lama. Kna Ada menabung dan buat persediaan nak Jana income bila Zaman suram susah dapat job. Dah tak laku nanti, Kalau tak ada duit macam mana nak bagi Isteri dan anak makan? Tak Ada duit silap silap jadi wel wel.

    • Sajat

      September 10, 2018 at 12:47 pm

      takde ilham ke takde duit nyahhhhhhh….?????

    • WickEd

      September 10, 2018 at 3:06 pm

      Kan? Betul cakap kau…takde duit sendrek bual cakap la broke …nyampah sejak case dia…hairan masih acting sedangkan kaum hawa dah kena buih tak boleh acting…double standard.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama