Written by Bella | September 10th, 2018

Selepas dua kali menunda majlis pernikahan beliau bersama gadis dari Maghribi, ramai yang tertanya apakah status hubungan pelakon Idris Khan bersama kekasihnya itu. Adakah perancangan untuk berkahwin itu masih ada ataupun sebaliknya.

Menjawab persoalan tersebut, Idris memberitahu hubungannya dan kekasih masih lagi baik, namun beliau belum mempunyai ilham untuk mencari tarikh yang sesuai untuk bernikah.

Saya tidak berani memberitahu tarikh yang dicadangkan kerana kalau tidak jadi nanti, orang akan cakap saya asyik menangguhkan majlis pernikahan. Maklumlah, sudah dua kali majis pernikahan kami terpaksa ditangguhkan sebelum ini. Apa yang boleh saya beritahu, majlis pernikahan kami bakal berlangsung pada awal tahun depan.

Idris ingin mengadakan majlis secara sederhana sahaja di mana semua orang yang penting dan rapat dapat hadir di hari bahagianya itu.

Saya mahukan majlis pernikahan itu dihadiri teman rapat dan mereka yang bermakna dalam hidup kami. Sebab itu, saya sukar untuk mendapatkan tarikh sesuai untuk majlis pernikahan kerana bukan mudah untuk mengumpulkan mereka semua dalam satu majlis.

Terdahulu, Idris pada awalnya memberitahu beliau bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun 2017 dan kemudiannya ditunda pada 20 Januari tahun ini.

Sumber Berita : Harian Metro

12 responses to Hubungan Dengan Kekasih Masih Baik, Cuma Tiada Ilham Tarikh Sesuai Nikah – Idris Khan

  1. Gorges says:

    Simpan duit banyak banyak before kawin. Jadi artis nih zaman laku tak lama. Kna Ada menabung dan buat persediaan nak Jana income bila Zaman suram susah dapat job. Dah tak laku nanti, Kalau tak ada duit macam mana nak bagi Isteri dan anak makan? Tak Ada duit silap silap jadi wel wel.

    4

    0
  2. Duchess DPP says:

    Maghribi kat mana Minah Pakaian moden ni tinggal. Aku gi Maghribi majority pompuan Berhijab except masa mandi di hammam semuanya alahai….

    1

    0
  3. Anyone says:

    Muka sama .. InsyaAllah jodoh kekal. Persiapkan diri dgn iman Dan taqwa utk ke fasa seterusnya menjadi Suami , ketua keluarga , pembimbing dlm keluarga. Semoga terpelihara Dari jadi Suami yg dayus . Perkahwinan tu bukn sekadar kahwin menghalalkan hubungan .. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab besar yg diamanahkan oleh Allah. Semoga dipermudahkan segalanya.

    3

    0
  4. anonymous says:

    SAMPAH

    3

    0
  5. nok gebuzzz says:

    bakal bini ko tu mcm high maintenance jer…harus la nak kompol duit dulu…job pon mcm xd jer….”retis sendu”pilih pompuan x nak kalah….good luck la bro!!

    4

    0
  6. 123polis sentri says:

    Kalo ikut case lama ni, for sure selalu buat dah tu, mesti la xde rasa urgency nak nikat tu kan

    4

    0
  7. Anonymous says:

    bkn x ada ilham, cuma kalau nk menikah org asing ni, kalau bakal bini tu pemegang visa, visa tu hanya visa pelajar.
    Kalau visa pelancong, maka imigresen bagi tempoh 2 bulan je.
    Kalau 2 bulan kamu (Idris Khan), pandai menggunakan masa 2 bulan itu, maka pernikahan dpt di teruskan. Kalau x pandai, maka semua kan tertangguh.

    Pernikahan dgn sesama negara mmg sng, tetapi kalau berlainan negara, mmg susah ye.
    Byk sgt prosedurnya….

    1

    0
    • Nurul says:

      Aku kurg sebulan je dah bole setel. Senang je kahwin alhamdulillah.

      0

      2
      • Anonymous says:

        lepas ni silakan berbaris pjg utk renewal pasport bini/suami. Pukul 5.30am org dh berdiri di pintu imigresen tu bahagian visa.Kalau lmbt, bawa ke ptg atau no dh habis..

        kahkahkahkah..

        1

        0
  8. Anonymous says:

    Bukan ke dia ni anak org Kaya bnyk besnis bsr2 dengar cetalah x Tau lah

    0

    1

Leave a Comment

Optional