Setelah direman tiga hari bagi membanu siasatan selepas diapati positif ganja, Sofi Jikan telah dibebaskan pagi ini dengan jaminan polis. Berita Harian melaporkan sebaik dibebaskan, Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang ditemui di hadapan pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, berkata:
Kasi sengat! Lu rembat wa, wa rembat lu!
Dia juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi kata semangat sepanjang dia ditahan. Katanya pada pemberita:
Alhamdulillah, saya dibebaskan hari ini. Saya nak balik rumah dan berehat.
Ketika ditanya mengenai hubungan nya dengan Datuk Farid Kamil ketika ini:
Hanya Tuhan yang tahu.
Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah.
Peguam Sofi, Datuk Hanif Hassan memberitahu anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang dalam tahanan reman.
BH melaporkan, buat masa ini, dua lagi individu yang dinamakan Farid Kamil dalam laporan polisnya masih belum melapor diri bagi membantu siasatan seperti diminta. – beautifulnara.com