Hubungan Cinta Kembali Terjalin Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Akui Sedia Bergelar Isteri

Hiburan

Hubungan Cinta Kembali Terjalin Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Akui Sedia Bergelar Isteri

Meskipun berpisah seketika, tapi nampaknya pasangan Syafiq Kyle dan Mimi Lana tidak mampu membendung perasaan kuat yang menguasai hati masing-masing.

Syafiq Kyle
3 years ago

Muat Naik Foto Mesra, Peminat Doa Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Cepat Kahwin

Advertisement

Menurut Mimi, perpisahan tersebut membuatkan mereka lebih matang dalam menjalani perhubungan cinta.

“Alhamdulillah, hubungan saya dan Syafiq kini baik-baik sahaja. Apa yang dapat disimpulkan, inilah adalah peluang kedua diberikan, jadi percintaan kami semakin matang.”

Sudah 6 tahun bercinta, pasangan ini memastikan bahawa mereka tidak mengulangi salah yang sama. Disebabkan itu, keduanya perlu mengenali dan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu, sebelum melakukan perkara sama kepada pasangan.

“Jika kita sendiri tidak mampu nak menyayangi diri sendiri, mana mungkin mampu melakukan perkara sama pada insan lain. Justeru, saya dan Syafiq perlu ada sifat ini untuk mencipta hubungan yang berlandaskan cinta sejati.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Apabila ditanya hal perkahwinan, Mimi mengakui bahawa itu adalah topik yang tidak asing bagi pasangan bercinta dan pernah dibincangkan oleh mereka.

“Apabila bercinta, memanglah kami ada perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya. Namun, dengan situasi sekarang, ia bukanlah masa yang sesuai.”

Sudah bersedia untuk bergelar isteri namun tiada tarikh spesifik lagi yang dipilih mereka. Keduanya percaya, sekiranya ada jodoh pastinya Allah akan tentukan mengenainya.

mimi lana dan syafiq kyle

Mimi juga tidak risau mengenai isu populariti merudum sekiranya berkahwin kerana baginya, ia adalah perancangan Tuhan dan dia juga yakin bahawa perkahwinan akan membuatkan rezeki seseorang itu bertambah.

Apa pun, semoga Mimi dan Syafiq berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...