Hubungan Ben Amir Dan Uqasha Senrose Renggang?

Hiburan

Hubungan Ben Amir Dan Uqasha Senrose Renggang?

Kemesraan yang ditampilkan oleh pelakon drama Cinta Tiada Ganti iaitu Ben Amir bersama Uqasha Senrose sebelum ini menimbulkan spekulasi. Nampak sepadan, kedua-duanya dikatakan dalam diam sedang menyulam cinta.

Advertisement

Namun, sejak kebelakangan ini, agak jarang kita lihat kedua-duanya memuat naik foto mesra mereka bersama. Timbul pula khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah renggang. Apa sudah jadi? Mereka bergaduh ke?

Uqasha seorang rakan yang baik dan saya masih berkawan dengannya. Tiada istilah bergaduh atau bermasam muka kerana kami memang berkawan.

Ya, kami memang mengenali tapi hanya sekadar teman sahaja. Kami pernah melalui proses mengenali hati budi. Selepas itu, kami rasakan lebih sesuai jika kami hanya bersahabat sahaja. Ketika isu ini timbul dulu pun, saya dan Uqasha tak pernah cakap yang kami bercinta, hanya sekadar rapat dan mengenali hati budi masing-masing sahaja.

Biasalah, kedua-duanya sibuk menjalani penggambaran dan mungkin itu faktor mereka kurang luangkan masa bersama. Apa-apa pun, dalam perhubungan kita tidak boleh terburu-buru, berkawanlah sahaja dahulu sebelum melangkah ke fasa yang lebih serius. Harapnya hubungan baik Ben dan Uqasha kekal meskipun tidak bercinta.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

20 Comments

  1. Anonymous

    October 17, 2018 at 5:02 pm

    Ha…ha…Ben Ladin…

  2. tipahhhhh

    October 17, 2018 at 3:33 pm

    Nama : Uqasah Senrose
    Hobi : Tukaq Boyfriend

    • Anonymous

      November 20, 2018 at 5:23 pm

      Nama : tipahhh
      Hobi : jaga tepi atas bawah dalam kain org. ?

  3. Alanice

    October 17, 2018 at 1:58 pm

    Lagu die pn sdap hikayat ben ladin

    • Anonymous

      October 17, 2018 at 2:40 pm

      itu ben ladin penyanyi…ini ben amir pelakon…orang yang berbeza ye…

  4. Farah athirah

    October 17, 2018 at 12:40 pm

    Aku suka jgk tgk Ben Amir ni, blakon wlpn tak top mana, tp dia blakon cun jgkla blh tahan, tak la kayu. Pastu jarang dgr kontroversi dia ngn mana2 artis atau buat hal. Smga dpt jodoh yg baik baik eh Bennn

  5. Mee Hoonnn

    October 17, 2018 at 12:21 pm

    mcm lisa surihani la muka laki ni

    • Anonymous

      October 17, 2018 at 1:02 pm

      hahahahahhaa ye dohhhhhhh

Loading...