October 19th, 2017

Kemesraan antara Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella yang dikongsikan melalui sebuah foto di Instagram Erra mendapat pujian netizen. Erra mengucapkan terima kasih kepada Bella yang menyayangi anaknya, Engku Aleesya sepenuh hatinya dan membuatkan Aleeysa terasa bahagia bersama ibu tirinya itu.

Rata-rata netizen akui keakraban Erra dan Bella harus dijadikan contoh yang terbaik buat masyarakat diluar sana. Mereka juga berdoa agar hubungan baik ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Bertuah Aleesya mempunyai dua orang ibu yang cukup penyayang. Harapnya kasih sayang serta kebahagiaan antara mereka bertambah setiap hari dan kekal sehingga ke syurga.


Comments are closed.

Loading...