Hubungan Amy Search & Nabila Huda Kini Pulih

Hiburan

Hubungan Amy Search & Nabila Huda Kini Pulih

Alhamdulillah. Sesungguhnya bulan Syawal sememangnya bulan untuk kita bermaaf-maafan antara satu sama lain, melupakan segala sengketa lama dan memulakan fasa baru dalam kehidupan lebih-lebih lagi sekiranya hubungan kita adalah ayah dan anak. Abang Nara sangat terharu apabila mengetahui yang Nabila Huda telah bertemu dengan ayahnya, Amy Search di Hari Raya untuk memulihkan kembali hubungan mereka yang telah renggang sebelum ini.
amy dan nabila huda
Benarlah kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Amy Search menerusi akaun Instagramnya dengan berkongsi beberapa gambar bersama Nabila dengan caption-caption di bawah:-

TKasih Allah kerna kembalikn dia dlm dakapan ku. Tkasih juga utk Bert dn uncle. ? selama nya @kupu_kupu ku.
amy dan nabila huda
Ya Allah terima kasih… Alhmdulillah… kerna Kau kurniakan doa ku dn kebahgian yg aku inginkn d pgi syawal dn di hari lahirku ini… AameenYRA

Advertisement

Semoga hubungan mereka berdua akan terus kekal sebegini dan menjadi lebih rapat selepas merentasi pelbagai halangan. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...