Terkejut juga Abang Nara membaca artikel yang dikeluarkan di Utusan Malaysia ini. Mana taknya, daripada penulisan tersebut, dikatakan hubungan  Aidil Zafuan, suami Rita Rudaini dengan Jue Aziz sudah memasuki fasa yang serius. Tahap keseriusannya ialah apabila mereka berdua menggunakan perkataan “sayang” sebagai kata ganti diri.
Menurut artikel itu juga, Aidil dikatakan membeli sebuah beg tangan berjenama mewah di pusat membeli belah Pavilion. Beg itu dikatakan sebagai hadiah kepada Jue yang merajuk baru-baru ini. Agak pelik kalau perkara ini benar-benar terjadi kerana Jue sebelum ini mengakui hanya berkawan dengan Aidil.
Daripada tulisan di Utusan Malaysia ini juga, khabarnya Aidil telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini sehari dua yang lalu. Ini adalah permohonan cerai kali kedua yang dilakukan selepas Aidil menarik balik permohonan cerai yang pertama. Benar atau tidak, kena nantikan perkembangan kisah ini di mahkamah kelak.
Abang Nara cuma berharap agar kalau benar Aidil ada hubungan dengan Jue Aziz seperti yang ditulis dalam Utusan Malaysia ini, biarlah hubungan tersebut dilakukan selepas penceraian. Tak manis kalau bercinta dengan orang lain sedangkan status masih suami orang. Selesaikan apa yang patut dulu dan lepas tue nak buat apa suka hatilah. Tak gitu?