Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hubungan 11 Tahun Musnah, Bekas Teman Wanita Dedah Syazuwan Hassan Curang Dengan Wafariena

Sakitnya dicurangi, begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang mendakwa dirinya pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Syazuwan Hassan selama 11 tahun namun berakhir kerana bekas teman lelakinya itu berlaku curang.

Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Adora di media sosialnya itu mendakwa Syazuwan telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cinta dengan dirinya sebelum menjalin cinta baru bersama pelakon Wafariena Roslan.

Advertisement
adora SyazuwanSumber : Twitter Adora  

Menganggap perbuatan curang itu tidak sepatutnya berlaku kerana Adora sudah mengesyaki Syazuwan dan Wafariena mempunyai hubungan mesra sebelum ini, Adora memberitahu bahawa mereka berdua sebenarnya layak untuk bersama.

Adora FBSumber : Facebook  
AdoraSumber : Facebook  

“Wow just wow. Perkara yang paling aku tak suka adalaha apabila ditipu. Kamu kata selepas kita putus, tetapi ia tak benar. 11 tahun aku setia dengan kamu. Ia satu perbuatan yang teruk tetapi aku anggap cinta itu buta kan untuk kamu memilih seorang yang ‘rempit’. Trash deserve each other anyways..” tulis Adora di Instagram miliknya.

Ujar Adora, hubungan cinta kedua pelakon itu sebenarnya sudah dapat dihidu sebelum ini namun hanya diketahui setelah lima bulan mereka berpisah.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Syazuwan dan Wafariena masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai dakwaan wanita terbabit.

Sekadar info, Syazuwan,31, dan Wafariena,25, pernah bergandingan bersama dalam sebuah drama berjudul Baby Tak Gila sekitar bulan Mac yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. mimi

    May 20, 2021 at 1:19 pm

    God and universe? isy3…kebaratan sangat nih

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top