Written by Bella | June 1st, 2019

Beberapa hari yang lalu di persidangan Future of Asia yang berlangsung di Tokyo, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaklumkan bahawa Malaysia akan terus menggunakan teknologi Huawei sebanyak mana yang boleh. Ini merupakan satu tanda sokongan dan pengiktirafan terhadap Huawei untuk terus membawa kepakaran dan teknologinya untuk pasaran Malaysia, terutamanya teknologi 5G milik syarikat gergasi ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Huawei kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi selepas pelancaran Huawei P30 yang mempunyai teknologi inovatif dan kualiti yang hebat. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada kepimpinan tertinggi Malaysia, Huawei hari ini (31 Mei 2019) telah melancarkan telefon pintar terbarunya yang dikenali sebagai:-

HUAWEI Y5 2019

Telefon pintar kelas permulaan ini mempunyai pelbagai kualiti yang bagus seperti kamera yang berprestasi tinggi, teknologi “fast face” untuk “unlock” telefon dan juga ruangan simpanan yang besar. Lebih menarik, pilihan Amber Brown Y5 mempunyai tekstur unik seperti kulit yang sangat-sangat memukau. Senang cakap, telefon pintar terbaru dari Huawei ini memang berbaloi untuk dibeli.

Bermula hari ini (31 Mei 2019), rakyat Malaysia boleh memiliki Huawei Y5 2019 ini dengan harga SERENDAH Rm459 sahaja di Huawei Online Store serta mana-mana kedai rasmi Huawei di seluruh Malaysia. Lagi best, apabila anda berpeluang untuk memenangi HUAWEI MediaPad M3 Lite bernilai RM999 apabila anda membeli Huawei Y5 2019 ini. Mana tahu rezeki anda kan?

Telefon Pintar Kelas Permulaan dari Huawei, Berpatutan Serta Praktikal

Selain harganya yang mampu milik, Huawei Y5 2019 turut dilengkapi pelbagai ciri yang mudah dan praktikal untuk para penggunanya. Antaranya seperti:-

1. Kamera utama 13MP f/1.8

Walaupun di dalam keadaan kekurangan sumber cahaya, Huawei Y5 2019 mampu mengambil gambar seisi keluarga anda dengan jelas dan terang. Inilah kehebatan kamera utamanya yang dijana dengan lensa 13MP f/1.8.

2. Teknologi “Fast face unlocking”

Huawei Y5 2019 ini memang sangat sesuai dihadiahkan kepada ayah dan ibu anda yang sudah berusia kerana ia mempunyai teknologi “fast face unlocking”. Iyerlah orang tua ini kadang-kadang mudah terlupa kata laluan sendiri. Dengan teknologi ini, mereka tak perlu ingat pun password yang telah ditetapkan. Cuma pamerkan sahaja muka mereka di depan skrin dan Huawei Y5 2019 akan di”unlock” sepantas kilat. Hebat kan?

3. Ruangan simpanan sehingga 512GB

Selain ruangan simpanan 32GB yang telah terbina, Huawei Y5 2019 juga menyediakan 3 slot untuk penggunaan 2 kad sim dan 1 kad memori. Ini sekaligus membolehkan ruangan simpanan anda mencecah 512GB. Memang tak perlu nak padam segala gambar/video yang ada. Boleh simpan buat selama-lamanya.

Dan banyak lagilah ciri-ciri menarik Huawei Y5 2019 ini seperti kamera hadapan 5MP dengan “A.I beautification”, paparan skrin “dewdrop” sebesar 5.71 inci, bateri 3,020 mAH untuk penggunaan sepanjang hari serta 3 pilihan warna iaitu Modern Black, Amber Brown dan Sapphire Blue. Kesimpulannya, dengan harga RM459, telefon pintar terbaru Huawei ini memang TERLEBIH BERBALOI-BALOI untuk dijadikan kegunaan sendiri atau dihadiahkan kepada mereka yang “special” di hati anda.

Meriahkan Aidilfitri Anda Dengan Produk Dari Huawei

Bersempena musim perayaan ini, Huawei kini sedang memberikan tawaran yang sangat hebat apabila anda membeli Huawei Y5 2019. Anda berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah untuk membawa pulang HUAWEI MediaPad M3 Lite yang bernilai RM989. Caranya amat mudah. Anda hanya perlu melawat www.huawei-raya.com dan isikan maklumat peribadi anda dan tunggu berita baik daripada pihak Huawei. Tawaran ini sah sehingga 16 Jun kelak, jadi cepat-cepatlah beli Huawei Y5 2019 tue!!!

Huawei Y5 2019 kini boleh dibeli di kesemua kedai rasmi Huawei seluruh Malaysia dan juga secara atas talian di Huawei Online Official Stores bermula 31 Mei 2019. Untuk maklumat lanjut, layari https://consumer.HUAWEI.com/my/ dan Facebook Huawei Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to HUAWEI, yang masih disokong oleh PM Malaysia Telah Memperkenalkan Telefon Pintar Terbarunya, Y5 2019

  1. Ghhgdfhj says:

    I love najib. Bossku. My only PM

  2. Bre says:

    Title ntah apa2 jer..nak berpolitik pulak ke

  3. Anonymous says:

    I REALLY ADORE MAHATHIR-PM,THOUGH SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,HAIRAN ORG ORG MALAYSIA SUKA SANGAT DGN BOSSKU-TERANG TERANG BEKAS PERDANA MENTERI YG DI LABELKAN PEROMPAK,PENYANGAK,PAKAI DUIT RAKYAT-HAIRAN DUNIA AKHIR ZAMAN NI ORG PEMIMPIN MCM NI MEREKA NAK,MEMANG LA CORRUPTION,I GUESS IF DARI DULU MATAHIR TA SERAH JWATAN PM-MALAYSIA MASA NI MEMANG DI GALATI SEMUA PEMIMPIN ASIA,HE IS ONE IN A MILLION-LOOK AT HIS AGE HIS MIND SET ARE SO POWERFUL,HIDUP MAHATHIR…….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini