HUAWEI Vision S Series TV Serba Canggih Pelengkap Kediaman Pintar

Branded

HUAWEI Vision S Series TV Serba Canggih Pelengkap Kediaman Pintar

Selepas pengumuman strategi Seamless AI Life dan konsep “1+8+N”, HUAWEI melancarkan produk inovatif terbarunya HUAWEI Vision S Series.

HUAWEI Vision S Series dilengkapi dengan teknologi canggih dan terkini termasuk Artificial Intelligent dan Internet of Things (IoT) yang menjadikannya tonggak utama ekosistem kehidupan AI dalam sebuah kediaman pintar.

Dengan semua ciri lengkap pada skrin pintar, HUAWEI Vision S Series ingin pengguna merasai pengalaman baru apabila menonton televisyen dengan mengutamakan hiburan, perhubungan dan kepintaran.

Skrin pintarnya akan membuatkan korang kagum dengan audio serta visual yang dihasilkan dan pasti membuatkan pengguna menikmati kepintarannya.

HUAWEI Vision S Series, Beyond A TV

Mengangkat konsep lebih daripada sekadar TV, HUAWEI mahukan pengguna merasai sendiri kehidupan pintar.

HUAWEI Vision S Series membolehkan korang mengalihkan mesyuarat virtual di komputer riba terus ke skrin televisyen. Korang tidak perlu bimbang tentang kualiti, kerana ia didatangkan dengan HUAWEI MeeTime Berdefinisi Tinggi 1080P yang memberi pengalaman skrin jernih semasa panggilan video.

Penyelarasan jalur lebarnya juga membantu perhubungan kekal lancar dan korang tak perlu risau jika terjadi masalah lagged kerana skrin pintar ini dapat menyelaraskan resolusi bergantung kepada pautan rangkaian yang digunakan.

Korang juga boleh berhubung dengan yang tersayang dan memancarkannya pada skrin hanya dengan menyentuh butang di telefon pintar HUAWEI.

13 MP Magnetic Home Camera, rakamkan foto dan video dengan resolusi 1080P

Tidak sekadar untuk berhubung dengan yang tersayang, korang juga boleh merakamkan gambar dan video kerana HUAWEI Vision S ini turut dilengkapi dengan Skrin Pintar  13MP Magnetik Kamera.

Bukan hanya merakam gambar korang juga boleh merakam video dan kongsikannya terus ke telefon pintar. Tambah menarik, kamera magnetiknya boleh membuat pusingan 180 darjah dan memberikan penyelesaian mudah untuk masalah privasi.

Visual dengan Paparan Definisi Tinggi Ultra 120Hz 4K

Ciri penting yang dimiliki oleh skrin pintar ini ialah Screen High Refresh Rate 120Hz  yang menjamin pengalaman menonton yang luar biasa berbanding kadar layar biasa iaitu 60H.

Advanced Motion Estimation & Motion Compensation (MEMC) yang dipasang pada skrin pintar ini juga akan memberikan korang peralihan yang pantas dan lancar.

Warna Realistik

HUAWEI Vision S turut memberikan korang pengalaman menonton dengan penggunaan warna paling terang dan realistik menerusi skrin pintarnya.

The Stunning Colour Solution direka khas bagi membolehkan ia mencapai spektrum warna yang lebih luas dan seolah korang menonton pawagam tetapi rumah sendiri.

Audio yang Memukau

Tidak cukup visual yang hebat tanpa sistem audionya.  HUAWEI Sound lengkap dengan pembesar suara quad 10W – dua speaker frekuensi penuh dan dua speaker frekuensi tinggi termasuk rongga suara 1L, memberikan korang unjuran base dan treble yang kaya dengan bunyi.

Empat pembesar suara skrin pintar turut dipasang dengan algoritma HUAWEI Histen yang menganalisis kandungan secara pintar untuk menguatkan dan menyesuaikan suara bagi pengalaman audio yang lebih baik dan penggunanya berdasarkan kandungan yang disiarkan.

Rasai sendiri kepintaran HUAWEI Vision S Series

Dengan semua ciri ini yang terdapat dalam skrin pintar ini, HUAWEI Vision S Series ialah televisye yang korang perlukan untuk sebuah kediaman pintar.

Jadi tunggu apa lagi, jom teroka pengalaman baru dengan HUAWEI Vision S Series. Korang juga berpeluang memenangi hadiah misteri apabila merasai sendiri pengalaman menggunakan HUAWEI Vision S di HUAWEI Experience Store (HES) yang terpilih.

Untuk maklumat lebih lanjut layari HUAWEI Online Store layari laman Facebook HUAWEI.

 
 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...