Kita dah selalu tengok jenama-jenama besar beri hadiah bagi menghargai pengguna atau peminat mereka. Tapi jarang-jarang kita lihat ada jenama yang mengumpulkan peminat dari seluruh dunia di satu tempat kan?
Baru-baru ini jenama peranti elektronik terkemuka, HUAWEI telah menjemput lebih 400 peminat dari seluruh dunia untuk berkumpul di Songshan Lake, China untuk menghadiri HUAWEI Fan Carnival 2023 yang berlangsung selama tiga hari.
10 orang wakil Asia Pasifik telah mendapat jemputan ke karnival ini dan 6 daripadanya merupakan rakyat Malaysia dan masing-masing 2 daripada Filipina dan Thailand.
Selain bertujuan mendekatkan diri dan mengetahui lebih dalam apa yang diinginkan pengguna, HUAWEI telah membawa peminat bertuah melawat ke HUAWEI Health Lab, merasai sendiri pengalaman menggunakan produk dan teknologi terkini.
Menerokai misteri di sebalik produk pintar HUAWEI di HUAWEI Health Lab
Sempena HUAWEI Fan Karnival, HUAWEI Health Lab dengan keluasan 4,680 meter persegi telah dibuka kepada kumpulan pertama peminat HUAWEI pada 8 Disember.
Peminat yang hadir diberi peluang untuk menerokai beberapa kawasan di HUAWEI Health Lab. Antaranya adalah, kawasan penyelidikan dan ujian pingpong, bilik simulasi dataran tinggi, kawasan penyelidikan dan ujian renang, kawasan penyelidikan dan ujian golf.
Peranti elektronik pintar kepada pemantauan data senaman
Peminat telah diberi peluang untuk menggunakan jam tangan pintar HUAWEI bagi mempelajari fungsi penjejakan sukan yang tepat dengan pengalaman secara langsung.
Ada yang menguji kecergasan fizikal dengan menggunakan jam tangan pintar HUAWEI di platform penyelidikan sukan pelbagai fungsi, bermain menentang robot di kawasan penyelidikan dan pengesanan pingpong. Tak kurang juga yang merakam postur hayunan, masa dan kelajuan mereka di platform penyelidikan golf.
Melawat Kampus Ox Horn HUAWEI dan mencipta memori melalui lensa
Peminat telah dibawa melawat ke Kampus Ox Horn HUAWEI di Songshan Lake. Mereka merasai sendiri pengalaman melihatbangunan gaya Eropah dengan menaiki kereta api serta tak melepaskan peluang merakam pemandangan sekeliling dengan menggunakan fungsi fotografi XMAGE pada telefon bimbit HUAWEI.
HUAWEI Hargai Sokongan Peminat Seluruh Dunia
Dalam karnival ini, HUAWEI turut menganjurkan Summit Gala bagi menyampaikan pingat peringatan sebagai tanda terima kasih kepada semua peminat dan pengguna setia peranti elektronik HUAWEI.
Mereka juga mengimbas kembali sepanjang perjalanan HUAWEI dan pertumbuhan peminat peranti HUAWEI.
Majlis Kemuncak Menampilkan Wakil Peminat Peranti HUAWEI
Dalam HUAWEI Fan Carnival kali ini, seorang peminat dari Filipina, Gracey telah diberi peluang untuk berada di atas pentas sebagai wakil peminat luar negara.
Gracey merupakan pengguna setia peranti HUAWEI sejak 2018 dan sehingga kini, Gracey telah menggunakan pelbagai peranti HUAWEI seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, dan jam tangan pintar. Beliau bukan sahaja pengguna setia peranti HUAWEI. Malah, beliau sering bergiat secara aktif dalam komuniti HUAWEI.
Di dalam ucapan Grace, dia juga berkongsi pengalaman penggunaan produknya dengan lebih 400 peminat Huawei dan melahirkan rasa terima kasihnya kepada komuniti HUAWEI.
“SECRET ROOM” Perkenalkan Produk Baru
HUAWEI juga sempat memberikan ‘kejutan’ kepada peminat mereka di “SECRET ROOM”.
Dalam bilik ni, peminat telah ditunjukkan pratonton beberapa produk baru yang telah dikeluarkan pada persidangan global di Dubai pada 12 Disember.
Antara produk yang diperkenalkan adalah siri fon telinga terbuka pertama HUAWEI, iaitu HUAWEI FreeClip, HUAWEI MatePad Pro 13.2 inci yang lebih besar, ringan dan lebih berkuasa serta HUAWEI MateBook D16, komputer riba dengan skrin 16 inci dan berat hanya 1.68 kilogram.
Perhentian Terakhir HUAWEI Fan Carnival 2023
Karnival ini diakhiri dengan lawatan ke kedai utama HUAWEI di Shenzhen bagi melihat lebih dekat beberapa produk baru yang dikeluarkan oleh HUAWEI.
Antara produk yang diperlihatkan adalah HUAWEI Watch GT 4, HUAWEI Watch 4 dan SUV elektrik mewah pintar yang dilancarkan baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang untuk mencuba peranti tersebut serta dapat membuat pandu uji bagi kereta SUV yang dikeluarkan.
Selain itu, karya pemenang anugerah Peraduan Global XMAGE 2023 juga dipaparkan di skrin besar di kedai tersebut bagi tontonan kepada peminat yang hadir.
Bermula Dari Dalam Talian Ke Luar Talian HUAWEI Fan Carnival
Dari dalam talian ke pertemuan fizikal, HUAWEI Fan Carnival 2023 telah berjaya mengumpulkan peminat dari seluruh dunia untuk bersama-sama mencipta perjalanan teknologi yang hebat dan mencipta kenangan indah bersama jenama yang mereka gunakan.
Kandungan komuniti pada HUAWEI Community kini boleh didapati di aplikasi MyHUAWEI. Klik pada pautan INI untuk muat turun aplikasi MyHUAWEI untuk mendapat maklumat yang terkini mengenai HUAWEI Community.