HUAWEI Nova 5T Mula Dijual Esok Dengan Harga RM1,599 Sahaja

Hiburan

HUAWEI Nova 5T Mula Dijual Esok Dengan Harga RM1,599 Sahaja

Yang dinanti-nanti sudah tiba, HUAWEI nova 5T akan mula dijual secara rasmi ESOK (7 September 2019) dengan harga RM1,599 sahaja. Sekiranya anda sedang mencari rakan kerja yang boleh dipercayai, teman hiburan yang sentiasa berada di sisi dan pereka fesyen peribadi anda, maka HUAWEI nova 5T adalah pilihan terbaik,  Paling best, anda turut akan membawa pulang ganjaran bernilai RM1,127 apabila membeli nova 5T. Terbaik bukan?

HUAWEI Nova 5THUAWEI Nova 5T

Advertisement

Pasti ramai yang tertanya-tanya memang hebat sangat ke HUAWEI nova 5T ini. Jangan risau. Abang Nara akan terangkan satu persatu kelebihan smartphone ini. Selepas membaca, Abang Nara pasti anda terus bergegas ke kedai HUAWEI berhampiran atau ke laman web HUAWEI untuk menjadikan ia sebagai peneman setia anda di dalam apa jua keadaan. Jom kita ushar!!!

Rakan sekerja yang paling dipercayai

Dijana dengan Kirin 980

HUAWEI nova 5T

Kebanyakan masa, smartphone kita sering mengalami situasi tersekat-sekat (lagging), tindak balas yang lembap, penggunaan bateri yang melampau dan kadangkala, terus tak boleh bergerak (hanging) selepas seharian menggunakannya. Memang menjengkelkan dan menimbulkan stress apabila ia terjadi kepada kita.

Dengan Kirin 980 sebagai teras utama HUAWEI nova 5T, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada semua masalah di atas. Berbanding generasi sebelumnya, Kirin 980 adalah lebih pantas 75% dari segi prestasi CPU, 46% lebih laju untuk pemprosesan kamera dan 46% lebih bagus untuk prestasi GPU nya. Lebih menakjubkan, prestasi penggunaan AI turut sama bertambah baik sebanyak 120%. Senang cakap, dengan Kirin 980, HUAWEI nova 5T seolah-olah mempunyai 2 otak atau mempunyai laluan tambahan di highway sekaligus membolehkan ia memberi respons yang lebih pantas, berbanding smartphone lain.

 

One Tap To Share


Dengan satu tap sahaja, pemindahan fail, gambar dan video boleh dilakukan secara instant di antara laptop dan HUAWEI nova 5T anda tanpa menggunakan WiFi atau USB. Pantas dan mudah.

 Pengecaman perkataan

Selepas ini anda tak perlu nak taip kesemua perkataan dari kertas ke laptop anda kerana HUAWEI nova 5T mempunyai fungsi pengecaman perkataan (word recognition). Hanya perlu tangkap gambar tulisan anda di kertas menggunakan HUAWEI nova 5T dan pindahkan gambar tersebut ke laptop anda. Selepas itu fungsi pengecaman perkataan akan mengekstrakkan informasi di dalam gambar itu kepada bentuk perkataan secara automatik. Hebat kan?

Screen Recording

Apabila rakan sekerja anda bertanyakan soalan, anda tidak perlu lagi untuk menulis jawapan yang panjang lebar. Hanya “shake and tap” HUAWEI nova 5T anda dan rekod skrin sambil memberikan penjelasan dan kongsikan ia kepada rakan anda. Mudah kan?

Fungsi Clipping Sharing

 

Fungsi ini membolehkan anda menyalin nota daripada mesyuarat di dalam HUAWEI nova 5T anda dan pindahkannya terus ke laptop untuk digunakan. Tak payah nak tulis 2 kali dah. Senang sangat-sangat kan?

Bateri Besar dengan 22.5W

Super Charge

HUAWEI nova 5T Super Charging

Dikuasakan dengan bateri sebesar 3750mAH, hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk mengecas bateri HUAWEI nova 5T sehingga 50%. Ini kerana smartphone ini hadir dengan teknologi 22.5W SuperCharge. Paling penting, baterinya boleh bertahan seharian untuk sekali pengecasan penuh. Memang sesuai untuk anda yang sentiasa on the go dan bekerja di luar pejabat.

Teman Hiburan Anda

Pada pandangan Abang Nara, perkara yang paling best tentang HUAWEI nova 5T ini ialah kehadiran 5 kamera AI yang mampu menyerlahkan lagi kehenseman dan kecantikan penggunanya. Macam-macam yang boleh dilakukan dengan 5 kamera hebat ini, sekaligus menjadi teman penghibur kita sepanjang masa.  Mari kita tengok satu persatu kehebatan kamera nova 5T ini:-

Kamera Utama 48MP

kamera HUAWEI nova 5TAI Quad Camera HUAWEI nova 5T

Mempunyai sensor ½ inci, kamera utama sebesar 48MP HUAWEI nova 5T ini akan memberikan anda keyakinan untuk mengambil gambar seperti seorang professional. Menggunakan teknologi AI untuk pilihan Super Night Mode, anda pasti akan kagum dengan kualiti gambar waktu malam walaupun berada di dalam keadaan kekurangan cahaya. Perfect sangat-sangat.

Kamera Ultra-Wide 16MP

HUAWEI nova 5T

Kamera f/2.2 ultra-wide HUAWEI Nova 5T ini membolehkan anda mengabadikan keindahan alam semulajadi, bangunan-bangunan gah dan detik bersama kawan dengan lebih meluas dan mengkagumkan.

Kamera macro 2MP

HUAWEI nova 5T

 Lensa kamera macro ini membolehkan anda mengambil gambar “close up” sehingga 4cm daripada objek yang diingini. Setakat titisan air hujan, semut atau pokok bunga memang tak ada masalah. Memang akan nampak jelas macam Kristal.

Kamera depth 2MP

HUAWEI nova 5T

Dengan kehadiran kamera depth 2MP ini, anda boleh menyerlahkan lagi subjek/objek gambar anda sekaligus membolehkan anda mengambil gambar potret yang cun melecun. Memang sesuai sangat untuk mereka yang suka ber”OOTD”

Kamera “selfie” 32MP

kamera selfie HUAWEI nova 5T

Terletak di dalam skrin HUAWEI nova 5T bahagian kiri atas tanpa mencacatkan rekaannya, kamera selfie 32MP menggunakan teknologi AI untuk menonjolkan kecantikan dan keunikan wajah anda. Ia turut mempunyai gabungan pixel 4 dalam 1 untuk mencipta selfie yang lebih terang dan jelas. Teknologi AI itu turut sama mengimbangkan exposure dan backlight secara automatik untuk memudahkan anda mengambil selfie.

Pereka Fesyen Anda

Fungsi “unlock” di sisi

HUAWEI nova 5T

Untuk makluman, berbeza dengan smartphone lain, HUAWEI nova 5T mempunyai fungsi “fingerprint unlock” di bahagian sisi. Salah satu kelebihannya tidak lain tidak bukan ialah anda dapat membuka smartphone dalam masa sesingkat 0.3 saat sahaja. Malah ia lebih mudah digunakan berbanding jika fungsi ini diletakkan di bahagian tengah.

Logo yang menarik

HUAWEI Nova 5TSalah satu daya tarikan HUAWEI nova 5T ialah rekaan logonya yang cukup memukau. Ia adalah gabungan 4 huruf nova yang digabungkan untuk membentuk satu monogram unik. Monogram ini seperti 2 manusia, dengan bahagian kiri melambangkan lelaki dan bahagian kanan melambangkan perempuan, dengan kedua-duanya duduk sebelah menyebelahi. Figura lelaki sedang mendepakan tangannya sebagai simbol seorang yang enthusiasm dan  vitality, manakala figura perempuan sedang duduk dengan tenang melambangkan confidence dan determination.  Logo baharu ini jelas menunjukkan jenama nova sebagai satu jenama yang muda, trendy dan inovatif.

3 pilihan warna yang unik

 

HUAWEI Nova 5T BlackHUAWEI Nova 5T midsummer purpleHUAWEI Nova 5T crush blue

Black, Crush Blue dan Midsummer Purple adalah 3 pilihan warna yang cantik-cantik belaka untuk HUAWEI nova 5T.  Gambar OOTD anda pasti akan tampak lebih menarik dan menawan apabila bergambar sambil memegang smartphone ini.

Kamera hadapan di bahagian kiri atas

HUAWEI nova 5T

Apakah tujuan sebenar HUAWEI nova 5T meletakkan kamera hadapan di bahagian kiri atas dan bukannya di tengah-tengah seperti smartphone lain? Selepas beberapa sesi ujian, rupa-rupanya kamera di bahagian tengah didapati menganggu keselesaan pengguna ketika bermain games atau menonton video. Berdasarkan ujian itu juga, tempat terbaik meletakkan kamera  hadapan adalah di bahagian atas kiri kerana manusia akan secara automatik senget ke kanan apabila mengambil “selfie”. Pilihan lokasi kamera ini adalah untuk sudut “selfie” terbaik dan dapat menyerlahkan lagi kecantikan mata anda.

Member Center

Sekiranya anda sudah membuat keputusan untuk membeli HUAWEI nova 5T ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memuat turun applikasi Member Center yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery. Ini kerana ada ganjaran bernilai RM1,000 untuk anda nikmati apabila menjadi pemilik smartphone Huawei terbaru ini. Ganjaran-ganjaran itu ialah:-

  • Viu: voucher langganan untuk applikasi drama dan filem Korea ini selama 3 bulan
  • PUMA: Jimat RM120 apabila anda membuat pembelian bernilai RM400 dan ke atas
  • Promosi lain seperti 37% diskaun untuk tiket masuk ke Sunway Lagoon, dahmakan, CelebrityFitness, American Tourister dan banyak lagi
  • Pastikan anda sentiasa membuka applikasi Member Center ini kerana ada banyak lagi tawaran hebat di masa hadapan daripada GSC, Baskin-Robbins dan lain-lain.

Kalau anda sudah membuat pre-order sebelum ini, ganjaran ini turut akan menjadi milik anda. Jadi tak perlu risau ye.

Beli Sekarang Tunggu Apa Lagi?

Dengan harga RM1,599 dan kehebatan yang telah Abang Nara ceritakan tadi, sememangnya HUAWEI nova 5T adalah pilihan terbaik sekiranya anda ingin membeli smartphone baru. Anda turut akan membawa pulang HUAWEI SuperCharge Car Charger bernilai RM127 sekaligus menjadikan kesemua nilai ganjaran yang ditawarkan ialah RM1,127 termasuk ganjaran bernilai RM1,000 yang boleh didapati selepas anda memuat turun applikasi Member Center. Antara ganjaran yang menarik ialah dari Zalora, Astro, Kkbox dan banyak lagi.

harga HUAWEI nova 5T

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan jaminan tambahan selama 1 tahun untuk mereka yang membeli nova 5T dari 29 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019.

MediaPad M5 Lit

Last but not least, jualan untuk MediaPad M5 Lite juga akan dibuka pada tarikh yang sama iaitu 7 September ini dengan hadiah percuma HUAWEI Mini Speaker dan HUAWEI Mpen bernilai RM268 boleh dibawa pulang. Jadi tunggu apa lagi? Silalah bersegera ke laman web HUAWEI atau kedai HUAWEI berhampiran anda untuk mendapatkan smartphone paling berbaloi ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...