Elegan dan trendy, HUAWEI telah mengumumkan kehadiran smartphone terbarunya iaitu HUAWEI Nova 5T. Bermula esok, anda boleh melakukan pra-tempahan dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik!!!

Dijual dengan harga mampu milik RM1599, HUAWEI nova 5T ini bukan sahaja cantik dari segi luaran dan dalaman sahaja, malah kesempurnaanya tidak perlu dipertikaikan lagi dengan pelbagai fungsi menarik seperti:-
Kamera Yang Power
Untuk kamera utama, HUAWEI nova 5T mempunyai gabungan lensa 48MP + 16MP lensa ultra-lebar + 2MP Makro + 2MP sensor kedalaman.
Memang tiada sebarang masalah untuk mendapatkan gambar yang terbaik sama ada pada waktu malam, untuk gambar pemandangan, gambar macro atau gambar potret yang menyerlahkan menonjolkan kejelitaan anda.
Tidak dilupakan kamera “selfienya” yang mempunyai lensa 32MP dan teknologi pencahayaan 3D untuk gambar selfie yang yang lebih sempurna. Kesemua teknologi canggih seperti algorithm AI HDR+, AI beautification dan pengecaman lokasi dimuatkan di dalam HUAWEI nova 5T untuk gambar selefi yang cerah, jelas dan memikat.
Video Ringtone Untuk Lebih Keseronokan
Ingin pamerkan kekacakan dan kejelitaan wajah anda kepada rakan-rakan? Tatapkan wajah anda sebagai video ringtone apabila membuat panggilan dengan kecanggihan sistem operasi EMUI 9.1 yang berasaskan Android 9.0 Pie. Confirm pakwe/makwe/suami/isteri anda akan jatuh cinta sekali lagi dengan anda.
Pantas dengan Kirin 980
Dijana dengan HiSilicone Kirin 980 (7nm) yang merupakan chipset Mobile AI pertama di dunia, HUAWEI nova 5T memastikan anda melakukan sebarang aktiviti dengannya tanpa sebarang gangguan.
GPU Turbo 3.0 Untuk Kaki ‘Game’
Tiada lagi sebarang lag dan kelembapan ketika bermain games seperti PUBG kerana HUAWEI nova 5T mempunyai GPU Turbo yang dioptimasikan untuk kaki gamer seperti anda. Selain itu ia turut membantu mengurangkan penggunaan bateri sekaligus menjamin games dapat dimainkan dalam kualiti visual yang terbaik dan lancar.
30 Minit Sahaja Untuk Cas Bateri 50%
Dikuasakan dengan bateri sebesar 3750mAH, hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk mengecas bateri HUAWEI nova 5T sehingga 50%. Ini kerana smartphone ini hadir dengan teknologi 22.5W SuperCharge.
3 Pilihan Warna Yang Memukau
Black, Crush Blue dan Midsummer Purple adalah 3 pilihan warna yang cantik-cantik belaka untuk HUAWEI nova 5T. Paling menarik warna Midsummer Purple mempunyai rekaan tulisan Nova yang menyerlahkan keekslusifan rekaan smartphone ini. 3 warna gradient ini pastinya akan memudahkan anda untuk tampil lebih jelita dan menawan ketika mengambil gambar OOTD.
Skrin 6.26-inci untuk kepuasan
Dengan paparan full-HD sebesar 6.26 inci, anda pasti akan puas menonton filem dan bermain game menggunakan HUAWEI nova 5T ini. Tidak dilupakan anda ada pilihan storan 128GB atau 256GB untuk memudahkan anda menyimpan segala gambar OOTD, gambar selfie dan juga video-video Instagram anda.
Cuma RM1,599 SAHAJA
Dengan harga RM1,599 sahaja, anda boleh menjadi pemilik kepada HUAWEI nova 5T ini. Untuk makluman, MediaPad M5 Lite 10 turut sama dijual dengan harga awesome iaitu RM1,299.
Yang paling best anda akan membawa hadiah percuma iaitu mini speakers bernilai RM198 untuk tempahan Nova 5T manakala untuk MediaPad M5 Lite 10 pula, anda akan diberikan hadiah bernilai RM268. So anda boleh pilih mana satu yang anda mahu sebab kedua-duanya memang power kaw-kaw.
Perlu diingatkan bahawa hadiah percuma ini hanya untuk mereka yang melakukan tempahan secara online sahaja. Anda juga akan memperolehi 1 tahun jaminan tambahan apabila membuat tempahan awal. Best kan?
Untuk makluman, harga promosi ini juga boleh didapati menerusi program Level-Up yang bakal bermula 7 September hingga 30 September di kesemua cawangan HUAWEI seluruh Malaysia. Maklumat lanjut tentang program ini boleh dibaca di SINI
Jadi tunggu apa lagi? Bawa pulang HUAWEI nova 5T hari ini dan sempurnakan OOTD anda bersamanya. Maklumat lanjut layari laman rasmi Huawei