Written by AbangNara | February 18th, 2019

Sebuah smartphone boleh dilengkapi dengan teknologi tercanggih, kamera berpuluh-puluh mega piksel untuk menangkap gambar seperti professional, ruangan simpanan yang besar serta kelajuan chipset yang superb untuk memberikan prestasi TERBAIK buat para penggunannya. Namun adakah kita pernah terfikir tentang proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan sebuah smartphone yang mempunyai rekaan SEMPURNA dan menjanjikan pengalaman penggunaan AWESOME seperti smartphone Huawei nova 4?

huawei nova 4

Rekaan Huawei nova 4 memang sangat-sangat elegan sehingga habis ditempah di Malaysia dalam tempoh 3 hari sahaja selepas “pre-order” dibuka. Cerita banyak tak guna, jom kita tengok apakah keistimewaan dan keunikan rekaan smartphone terbaru Huawei ini:-

1. Revolusi kamera di bawah skrin pertama di dunia

Selepas membuat kajian selama 12 bulan dengan 300 jurutera dan 20,000 prototaip , Huawei telah menjadi syarikat pertama yang tampil dengan rekaan skrin berlubang untuk memposisikan kamera hadapannya di bahagian bawah skrin. Untuk makluman, posisi kamera untuk rekaan smartphone Huawei terdahulu dilampirkan di bahagian atas skrin dan dilitupi dengan plastik hitam yang dikenali sebagai takuk. Untuk nova 4, posisi kameranya adalah di bawah skrin, sekaligus melenyapkan terus penggunaan takuk . Rekaan ini bukan sahaja menjamin integriti paparan LCD nova 4, malah berjaya menyorokkan kamera supaya seluruh bahagian skrin terasa lebih semulajadi tanpa sebarang gangguan.

nova huawei 4

2. Rekaan skrin menyeluruh di hadapan

nova huawei 4

Dengan hilangnya penggunaan takuk di skrin dan kamera hadapan diposisikan pada bahagian skrin berlubang, Huawei Nova 4 tampil dengan rekaan skrin menyeluruh di hadapan. Hadir dengan skrin 6.4-inci IPS LCD, ratio “screen-to-body” yang boleh dinikmati oleh para pengguna nova 4 adalah sebanyak 86.3%. Ia memberikan pengalaman penggunaan yang lebih semulajadi, bebas dan tanpa sebarang gangguan kerana tiada lagi kewujudan takuk yang menganggu pemandangan mata kita.

3. Merealisasikan erti rekaan yang sempurna
nova huawei 4

Lebih mencabar, segala komponen yang sebelum ini disumbat ke dalam takuk seperti kamera, sensor jarak, sensor penerima dan sensor cahaya perlu diletakkan di tempat lain tanpa menjejaskan kualiti yang sedia ada. Kesemua masalah ini telah berjaya diselesai oleh Huawei dan dibuktikan dengan penghasilan nova 4 yang merupakan satu ‘masterpiece’ buat syarikat ini. Di bawah kerja keras dan kajian para jurutera Huawei, satu perkara yang dianggap mustahil dan tidak masuk akal kini telah berjaya direalisasikan dalam nova 4. Tidak salah untuk dikatakan bahawa nova 4 adalah smartphone yang mempunyai rekaan yang paling elegan, paling canggih dari segi inovasi teknologi dan paling memberikan kesan di dalam kemajuan penghasilkan skrin smartphone.
nova huawei 4

Satu majlis pelancaran jualan Huawei nova 4 telah diadakan secara besar-besaran di Sunway Pyramid pada 14 Februari ini. Satu kejutan “jatuhan belon” telah menggemparkan para pengunjung tepat pada jam 8.30 malam. Mereka yang hadir btelah erpeluang memenangi pelbagai hadiah awesome seperti HUAWEI vouchers, HUAWEI Supercharge Powerbank, Huawei Bluetooth Headphone, HUAWEI Soundstone Speaker dan pelbagai lagi voucher hadiah bernilai sehingga RM150,000. Best kan?

nova huawei 4

Sekiranya anda terlepas untuk membuat tempahan pada “pre-order” pertama, jangan risau kerana Huawei telah pun membuka peluang kedua buat anda yang ingin memiliki nova 4. Anda perlu bersegera ke Huawei Official Online Store SEKARANG dan membuat pembayaran penuh sebanyak RM1,899 untuk mendapat hadiah PERCUMA power-ban 20,000 mAh bernilai RM275 dan juga voucher tambahan bernilai RM50. Buat mereka yang sudah membuat tempahan, penghantaran akan bermula pada 20 Februari kelak. Jadi diharap bersabar sebelum anda boleh mula bermain dengan nova 4 ini. Selamat membeli!!!

4. Spesifikasi yang mantap

nova huawei 4

Buat anda yang masih ragu-ragu dan ingin mengetahui spesifikasi lengkap smartphone ini, Huawei nova 4 hadir dengan skrin 6.4-inci IPS LCD, dijana cip Kirin 970, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan kamera swafoto 25-megapixel, selain tri-kamera belakang gabungan 20MP + 16MP + 2MP. Ia juga turut menyertakan sokongan bateri 3750mAh, selain integrasi bicu audio 3.5mm. Senang cakap, it’s the best smartphone yang ada di pasaran sekarang ini. Tunggu apa lagi? Beli sekarang di Huawei Official Online Store

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Huawei nova 4, Erti Sebenar Kemuncak Kecantikan Dalam Teknologi

  1. faraj says:

    Patut Suhaimi Saad yg pakai Phone ni, supaya dia selfie gambor dia yg kena Hamun tiap2 hari tu…!!! Khinzir lagi mulia dari Suhaimi Saad ni…kikiki

    0

    0
  2. Anonymous says:

    jgnlah nk buat iklan2 lagi, semua org tgh kusut fikiran fikir wang. Yg ssh tmbh ssh.

    0

    0

Leave a Comment

Optional