Kepada semua peminat Huawei, anda tidak lagi perlu risau untuk menggunakan gajet dari jenama ini.
Ini kerana selepas Donald Trump umumkan untuk tarik balik sekatan Huawei di Amerika Syarikat, Huawei di Malaysia mengumumkan bakal perkenalkan promosi diskaun sehingga 50% mulai hari ini sehingga 8 Julai.
Sehingga hari ini Huawei masih belum mengumumkan model mana yang ditawarkan untuk promosi terbesar sebanyak 50%.
Dengan berita ini, bermakna semua peranti Huawei dan Honor berlandaskan sistem operasi Android diteruskan penggunaan dan pembinaannya seperti biasa.
Jadi, inilah masa terbaik kepada para peminat produk-produk Huawei serta bagi pengguna yang sebelum ini ragu-ragu terhadap status syarikat tersebut untuk membeli produk-produk Huawei pada harga diskaun dari laman rasmi mereka.
Sumber: Huawei Malaysia