July 22nd, 2016

Tidak dinafikan bahawa Samsung adalah jenama telefon pintar nombor 1 dari segi jualan di dunia buat masa sekarang ini. Namun Huawei masih mengatasi Samsung dan juga jenama telefon pintar Android yang lain di dalam satu perkara iaitu ciri-ciri keselamatan.

 photo huawei.png

Sekiranya anda seorang pemilik telefon pintar Huawei, anda boleh menarik nafas lega kerana kebarangkalian untuk anda menerima update terkini untuk sistem Android anda ialah 77%. Untuk makluman, Google kini menyediakan update keselamatan (security patch) setiap bulan untuk memastikan telefon pintar yang dijana oleh Android tidak mudah menjadi mangsa penggodam. huawei

Abang Nara tertarik dengan satu kajian yang telah dilakukan oleh Duo Labs tentang perkara ini. Antara fakta yang telah dikongsikan oleh pihak Duo Labs ialah:-

1. 62% telefon Android terdiri daripada jenama Samsung akan tetapi hanya 15% sahaja akan mendapat update terkini keselamatan yang disediakan oleh Google

2. 77% telefon pintar jenama Huawei menerima update terkini keselamatan Android termasuklah Nexus 6Ps, Ascend Mate 2, ‘Angler’ Nexus, dan G7

3. Samsung berada di kedudukan kelima di dalam ujian keselamatan Android yang telah dilakukan oleh Duo Labs ini

4. Huawei berada di tangga pertama walau masih baru berkecimpung di dalam dunia telefon pintar ini

5. Terdapat lebih 60,000 unik telefon pintar yang dijana oleh Androidhuawei

Selaku seorang pengguna ,Abang Nara memang mementingkan ciri-ciri keselamatan dalam sistem telefon pintar milik diri ini. Iyerlah, banyak informasi, fail-fail dan maklumat peribadi yang boleh digunakan oleh pihak lain. Nampak gaya lepas ini kalau nak beli telefon Android, bolehlah masukkan Huawei di dalam senarai shortlist. Apa pula kata anda?



Comments are closed.

Loading...