Pelakon, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini menarik perhatian orang ramai selepas memuat naik hantaran terbaru di laman Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, Sarah berkongsi perangai sesetengah ibu setiap kali makanan buffet tidak dapat dihabiskan.
Bagi mengelak daripada pembaziran, bekas isteri kepada Syamsul Yusof itu dilihat membungkus makanan lebihan ketika bersarapan di sebuah hotel.
Perangai mak-mak bila makan buffet tak habis. Siapa perangai dia macam ni. Siap ada tangan kecik tolong dekat tepi tu.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mengakui mereka turut mempunyai perangai yang sama.
Malah, ibu mentuanya, Datin Patimah juga mengakui pernah melakukan perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang menyelar perbuatan pelakon itu dan mendakwa sikapnya berubah selepas bercerai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.