Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hrithik Roshan, Arjun Kapoor, Priyanka Chopra & Ramai Lagi Bintang Bollywood Banjiri Malaysia Sempena IIFA 2015

Hujung minggu ini, bermula 5 Jun sehingga 7 Jun 2015, Malaysia akan dibanjiri dengan bintang-bintang Bollywood bersempena dengan International India Film Award 2015. Majlis gilang gemilang kali ke 16 ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Antara nama-nama besar yang disahkan akan hadir ialah Hrithik Roshan, Shahid Kapoor, Ranveer Singh, Arjun Kapoor, Priyanka Chopra, Anushka Sharma, Sonakshi Sinha dan Bipasha Basu. Selain itu ramai lagi bintang Bollywood yang turut sama akan hadir memeriahkan lagi majlis ini.

arjun kapoor

Advertisement

Buat peminat-peminat Bollywood, inilah peluang anda untuk bertemu dengan bintang-bintang ini secara langsung. Tiket-tiket untuk ke majlis IIFA telah pun mula dijual di www.myticket.asia. Namun buat anda yang tidak berkesempatan, bolehlah menonton majlis anugerah ini menerusi saluran Astro 480.
arjun kapoor

Pastinya majlis anugerah IIFA 2015 ini dinanti-nantikan oleh peminat Bollywood seluruh dunia. Harap-harap segalanya berjalan lancar. Pastinya peminat Bollywood Malaysia rasa bertuah kerana berpeluang bertemu pelakon kegemaran mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top