HQ Di Rawang Ibarat ‘Pekan Hantu’, Bisnes GISBH Melingkup Selepas Ramai Larikan Diri Takut Ditahan Polis

Trending

HQ Di Rawang Ibarat ‘Pekan Hantu’, Bisnes GISBH Melingkup Selepas Ramai Larikan Diri Takut Ditahan Polis

Sendu dan hampir lumpuh. Itu kata-kata bagi menggambarkan aktiviti perniagaan dan rumah amal kendalian syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) ketika ini.

Mana tidaknya, polis telah menyita dan membekukan pelbagai akaun milik syarikat berkenaan untuk siasatan yang sedang dijalankan.

Advertisement

Tinjauan juga mendapati pusat perniagaan di Bandar Country Homes, Rawang yang menempatkan ibu pejabat GISBH kini sudah ibarat ‘pekan hantu’ sejak diserbu pihak berkuasa.

HQ GISBH

bisnes GISBH tutup

Malah puluhan restoran, pasar raya dan premis perniagaan GISBH di seluruh negara turut dilaporkan telah berhenti beroperasi.

Berikutan pemimpin termasuk ketua jemaah itu ditahan polis dalam siri serbuan di seluruh negara yang bermula pada 18 September lalu, kebanyakan pengikut dan pekerja dipercayai sudah melarikan diri bagi mengelak diri mereka juga ditahan.

pemimpin GISBH ditahan

Terdahulu, polis memaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati jumlah ahli GISBH dianggarkan mencecah 10,000 orang meliputi individu di dalam dan luar negara.

PDRM ketika ini menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut bukan saja atas dakwaan pengabaian, penderaan, salah laku seksual dan mengeksploitasi kanak-kanak malah turut menjurus kepada pengubahan wang haram.

Siasatan masih lagi berjalan. Kita (polis) kumpulkan segala keterangan yang menjurus kepada kesalahan dalam sesuatu undang-undang.

kanak kanak GISBH
2 months ago

Akibat Trauma Di Rumah Amal, KKM Kenal Pasti Kanak-Kanak GISBH Berdepan Isu Kesihatan Mental

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...