Hotel Di Jepun Tak Terima Tempahan Pelancong Isr*el Sebagai Tanda Solidariti Pada Palestin

Dunia

Hotel Di Jepun Tak Terima Tempahan Pelancong Isr*el Sebagai Tanda Solidariti Pada Palestin

Sebuah hotel di Jepun telah menjadi bualan netizen semenjak mereka mengambil tindakan berani untuk menolak tempahan pelancong Israel yang ingin menginap di hotel tersebut.

Tak terima pelanggan Israel

Memetik dari laporan Arab News menurut pengurus Material Hotel itu, mereka menolak mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan pasukan pertahanan Israel (IDF) sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Advertisement

Kami dukacita untuk memaklumkan anda bahawa, disebabkan laporan kemungkinan jenayah perang yang dilakukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam konflik yang berlaku di Gaza antara Israel dan Palestin.

 

Kami tidak boleh menerima individu yang kami percaya mungkin mempunyai hubungan dengan tentera Israel.

hotel jepun tolak pelancong israel

Kedutaan Israel tidak senang hati

Namun begitu, tindakan tersebut tidak diterima baik oleh Duta Israel ke Jepun, Gilad Cohen. Dia juga telah menghantar surat aduan rasmi kepada CEO Material Hotel bagi menuntut permohonan maaf serta penjelasan.

Difahamkan, Cohen juga menggesa agar pengurus hotel yang terlibat dipecat.

Malah mereka telah menghubungi pihak berkuasa Jepun dan merancang tindakan undang-undang terhadap Material Hotel memandangkan isu tersebut berkemungkinan menjejaskan  hubungan diplomatik antara Jepun dan Israel.

Siti Nurhaliza David Foster
6 months ago

Siti Nurhaliza Dikecam Aktivis Anti-Isr*el Gara-Gara Buat Persembahan Di Konsert David Foster

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Arab News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...