Hot FM Hot JAM Bakal Gegarkan Juru Auto City, Pulau Pinang 18 April Ini

Hiburan

Hot FM Hot JAM Bakal Gegarkan Juru Auto City, Pulau Pinang 18 April Ini

Yeah~~~ Orang-orang utara bolehlah bersiap sedia untuk merasai sendiri gegaran Hot FM Hot JAM yang bakal berlangsung di Juru Auto City, Pulau Pinang pada 18 April ini. Kali terakhir Hot FM muncul dengan konsert Hot FM Big Jam adalah pada 2012 yang bertempat di Kuala Terengganu. Setelah hampir 3 tahun menyepi, Hot FM Hot JAM muncul kembali dengan penjenamaan baharu yang lebih mantap dan segar. Tengok senarai-senarai artis yang bakal buat persembahan pun dah rasa teruja yang amat.

hot fm hot jam

Advertisement

Kehadiran Akim & The Majistret, Faizal Tahir, Forteen, Dayang Nurfaizah bersama protegenya, Azmil dan Bunkface pasti akan membuatkan mereka yang hadir tidak senang duduk. Hot FM Hot JAM akan bermula pada jam 2 petang sehingga 7 malam akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai-penyampai radio Hot FM seperti  Fara Fauzana, AG, Ikhwan, Deen, Fizie, Haziq, Liza serta juara Projek Radio, Tun Nadia. Awesome!!!!

Kalau anda berada jauh dari Juru Auto City dan tidak mahu melepaskan peluang merasai kehangatan Hot FM Hot JAM, tak perlu risau kerana anda boleh mendengarnya menerusi siaran luar radio Hot FM. Untuk makluman, pada Februari lalu, Hot FM telah pun menyambut hari jadinya yang ke 9. Jadi bolehlah dikatakan Hot FM Hot JAM ini adalah usaha keras stesen radio ini untuk menghargai dan mendekati pendengar-pendengar mereka.

Nantikan kehangatan pecah pentas Hot Jam daripada barisan artis serta penyampai Hot FM pada 18 April 2015 di Juru Auto City, Pulau Pinang dari jam 2 petang hingga 7malam. Simpan tarikh tersbut untuk janji temu anda bersama Hot FM! Informasi lanjut dan terkini mengenai Hot Jam ini boleh didapati melalui laman media sosial rasmi iaitu hotfm976 bagi Facebook, Twitter dan Instagram. Jangan lupa layari www.hotfm.com.my untuk maklumat terkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...