Yeah~~~ Orang-orang utara bolehlah bersiap sedia untuk merasai sendiri gegaran Hot FM Hot JAM yang bakal berlangsung di Juru Auto City, Pulau Pinang pada 18 April ini. Kali terakhir Hot FM muncul dengan konsert Hot FM Big Jam adalah pada 2012 yang bertempat di Kuala Terengganu. Setelah hampir 3 tahun menyepi, Hot FM Hot JAM muncul kembali dengan penjenamaan baharu yang lebih mantap dan segar. Tengok senarai-senarai artis yang bakal buat persembahan pun dah rasa teruja yang amat.
Kehadiran Akim & The Majistret, Faizal Tahir, Forteen, Dayang Nurfaizah bersama protegenya, Azmil dan Bunkface pasti akan membuatkan mereka yang hadir tidak senang duduk. Hot FM Hot JAM akan bermula pada jam 2 petang sehingga 7 malam akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai-penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, AG, Ikhwan, Deen, Fizie, Haziq, Liza serta juara Projek Radio, Tun Nadia. Awesome!!!!
Kalau anda berada jauh dari Juru Auto City dan tidak mahu melepaskan peluang merasai kehangatan Hot FM Hot JAM, tak perlu risau kerana anda boleh mendengarnya menerusi siaran luar radio Hot FM. Untuk makluman, pada Februari lalu, Hot FM telah pun menyambut hari jadinya yang ke 9. Jadi bolehlah dikatakan Hot FM Hot JAM ini adalah usaha keras stesen radio ini untuk menghargai dan mendekati pendengar-pendengar mereka.