Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hospital ‘Tawar’ Individu Jenama Vaksin Tertentu, Michael Ang Luah Perasaan Keliru

Michael Ang

Kembali meluahkan rasa ingin tahu, pengarah drama terkenal Michael Ang akui dirinya berasa keliru dengan beberapa pusat perubatan yang menawarkan individu memilih jenama vaksin yang diinginkan.

Ujar Michael, dia selama ini beranggapan bahawa pemberian vaksin hanya dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera dan proses temujanji diaturkan oleh pihak kerajaan.

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dia juga tertanya-tanya jika seseorang individu itu boleh ‘membeli’ vaksin yang diinginkan, mengapa masih banyak orang mengeluh kerana tidak dapat tarikh temu janji untuk disuntik vaksin sejak bulan Februari yang lalu.

“Okay saya sangat keliru, vaksin hanya boleh dapat melalui MySejahtera kan? Bila dapat appoinment kerajaan akan bagi. Ini apa cerita hospital boleh tawar individu vaksin jenama apa boleh ambil? Atau aku ketinggalan bas yang kita boleh beli atau potong que MySejahtera dan dapat dari pihak hospital tertentu.”

Walaubagaimanapun, pengarah drama Love Elsa itu tidak menyatakan secara terperinci tentang siapakah ‘individu’ yang dimaksudkannya menerima vaksin jenama diingini oleh pihak hospital tertentu.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Advertisement

Jelasnya lagi, ini kali pertama dia mendengar kes seperti itu dan merasakan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak adil kepada mereka yang telah lama menunggu lama untuk menerima vaksin seperti yang dijanjikan oleh kerajaan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tingtong

    July 19, 2021 at 12:07 pm

    haah aku pon pelik. jadahnye mcm mane si ifa tu boleh dpt tawaran pfizer drpd hosp? with payment kah? potong que kah?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top