Hospital Swasta Dibenarkan Caj Bayaran Kos PPE Dalam Bil Perubatan Pesakit

COVID-19

Hospital Swasta Dibenarkan Caj Bayaran Kos PPE Dalam Bil Perubatan Pesakit

Hospital swasta dibenarkan untuk mengenakan caj bayaran ke atas pesakit mereka bagi penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE) yang dipakai oleh anggota kesihatan sewaktu rawatan perubatan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penting bagi doktor dan jururawat untuk mengetahui status kesihatan pesakit mereka sebelum mereka dapat menjalani sebarang pembedahan atau operasi.

Advertisement

“Sekiranya ujian COVID-19 belum dilakukan ke atas pesakit, doktor dan jururawat harus memakai PPE, dan kosnya akan dikenakan ke atas bil perubatan pesakit.”

Namun, Dr. Noor Hisham menyatakan caj bayaran PPE ini hanyalah dikenakan untuk rawatan di hospital swasta sahaja.

Dia berkata demikian, ketika diminta mengulas laporan berita yang viral mengenai 2 pesakit hospital swasta di Petaling Jaya, yang mendakwa bahawa kos peralatan PPE yang dipakai oleh kakitangan hospital yang melakukan rawatan merangkumi hampir separuh daripada jumlah bil perubatan mereka.

Sementara itu, menyentuh mengenai SOP untuk pengundi pada pilihan raya kecil Chini 4 Julai nanti, bagi yang positif COVID-19, Dr Noor Hisham mengatakan mereka yang dimasukkan ke hospital tidak dibenarkan keluar dari hospital untuk mengundi.

Katanya, pihak kementerian akan mengeluarkan SOP terperinci dengan bantuan agensi lain mengenai perkara itu sebelum ia dilaksanakan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...