Hospital Swasta Bersedia Menawarkan Khidmat Suntikan Vaksinasi Jika Dibenarkan Kerajaan – COVID19

COVID-19

Hospital Swasta Bersedia Menawarkan Khidmat Suntikan Vaksinasi Jika Dibenarkan Kerajaan – COVID19

Pengurusan suntikan vaksin yang bakal tiba di negara ini tidak lama lagi di hospital swasta akan ditentukan selepas perbincangan dengan kerajaan dibuat dalam jangka masa yang terdekat.

Datuk Dr Kuljit Singh selaku Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berkata pihaknya sudah bersedia untuk berganding bahu bagi menjayakan program imunisasi kebangsaan Covid-19 yang dijadual dilaksanakan pada 26 Februari tahun ini.

Advertisement

Hospital swasta yang berbekalkan kemudahan dan kecekapan pengurusan mempunyai keupayaan untuk menawarkan khidmat suntikan vaksin itu kepada masyarakat bagi melandaikan wabak penyakit ini.

“APHM sedang menunggu untuk berbincang mengenai mekanisme vaksinasi kerana sudah tentu ramai yang teruja untuk mendapatkan suntikan berkenaan di hospital swasta. Perkhidmatan sedemikian berupaya ditawarkan, tetapi kita sedang menanti arahan selanjutnya daripada kerajaan”.

vaksin

Sementara itu, Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan anggaran 126,000 rakyat di negara ini dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 sehari menerusi pelan imunisasi kebangsaan Covid-19 yang bakal tiba.

Tambahan, seramai tujuh petugas yang akan mengendalikan suntikan pelalian disediakan di setiap 600 lokasi vaksinasi pada suatu lokaliti atau kawasan seluruh negara.

“Kami menggesa setiap masyarakat yang sesuai untuk menerima vaksin supaya mendapatkan suntikan masing-masing kerana kandungan pelalian ini selamat”.

Dr Kuljit juga berkata potensi jangka panjang Covid-19 terhadap aspek kesihatan apabila mana-mana individu dijangkiti wabak ini ialah lebih teruk berbanding kesan sampingan daripada vaksin.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...