Hospital, KK Hanya Terima Bayaran ‘Cashless’ Mulai 1 Oktober, Netizen Rasa Akan Menyusahkan Ramai Orang

Berita

Hospital, KK Hanya Terima Bayaran ‘Cashless’ Mulai 1 Oktober, Netizen Rasa Akan Menyusahkan Ramai Orang

Menerusi laporan The Star, kesemua fasiliti kesihatan seperti klini dan hospital hanya akan menerima pembayaran secara nirtunai  (cashless) mulai 1 Oktober ini.

Namun begitu, pembayaran secara wang tunai hanya akan diterima sekiranya individu tidak memiliki sebarang pilihan nirtunai atau tidak mempunyai akaun bank.

Advertisement

Ini bermakna, setiap orang awam perlulah mempunyai kad debit, kad kredit ataupun dompet digital bagi mengadaptasi sistem pembayaran tanpa menggunakan wang fizikal di sebarang fasiliti KKM di seluruh negara.

Namun begitu, adaptasi yang ingin diterapkan bagi tujuan menangani ketirisan hail negara itu mendapat respon yang pelbagai daripada netizen.

Ada netizen beranggapan bahawa implementasi itu hanya menyusahkan rakyat terutamanya kepada golongan warga emas.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa negara masih lagi tidak bersedia untuk menjalankan perkhidmatan nirtunai secara sepenuhnya kerana sering mengalami masalah dalaman seperti kerosakan sistem komputer, ‘server error’ dan sebagainya.

“Kadang-kadang line masalah, pembayaran melalui kad akan melalui proses yang lama. Nanti beratur panjang di kaunter. Dah menyusahkan dan mengambil masa orang” komen seorang entizen.

Menurut Amanz, KKM telah menggesa semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk memastikan sekurang-kurangnya 95% transaksi nirtunai di setiap fasiliti dapat dicapai disamping menjamin penerapan nirtunai melalui Terminal Point of Sale (TPOS) dan DuitNow dapat dilaksanakan.

gaji menteri sabah dinaikkan
2 years ago

"Bab Gaji Sendiri Naik Cepat Je Lulus!" - Netizen 'Panas Hati' Gaji Menteri Di Sabah Naik 40% Ketika Krisis Ekonomi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...