Hospital Besar Melaka Merupakan Hospital Termoden Pertama Di Tanah Melayu

Trending

Hospital Besar Melaka Merupakan Hospital Termoden Pertama Di Tanah Melayu

Hospital Besar Melaka yang siap dibina pada tahun 1934 merupakan antara hospital termoden pada zamannya. Berkonsepkan reka bentuk seni bina tropika, ia turut dikatakan memainkan peranan penting di Asia Tenggara.

Jadi apa cerita di sebalik hospital termoden pertama di Tanah Melayu ini? 

Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti Jabatan Oftalmologi dan ENT, bilik pembedahan dan mesin x-ray Victor paling terkini.

Advertisement

hospital besar melakaFrank Dorrington Ward (1885-1972) merupakan individu yang bertanggungjawab merancang dan merekabentuk binaan hospital ini.

dr frank dorrington ward

Ward merupakan ketua arkitek Jabatan Kerja Raya (dikenali sebagai PWD pada waktu itu) di Negeri-Negeri Selat dari tahun 1928 hingga 1939. Dia juga merupakan arkitek beberapa bangunan mercu tanda di Singapura, di antaranya bangunan Mahkamah Agung yang lama (yang kini menempatkan sebahagian dari Galeri Seni Nasional).

Dr Johannes Widodo berkongsi foto-foto dari tahun 2002, yang menunjukkan beberapa ciri binaan yang jarang terdapat pada masa kini, termasuklah sistem tingkap mekanikal yang unik.

Dr Johannes Widodo merupakan Profesor Madya di Universiti Nasional Singapura (NUS). Bidang penyelidikannya merangkumi seni bina, sejarah dan morfologi bandar, dan juga pemuliharaan warisan.

hospital besar melaka

“Ini contoh terbaik bangunan gaya moden yang dihasilkan ketika Frank Dorrington Ward sebagai Ketua Arkitek PWD. Pelan hospital yang dirancang oleh PWD pada zaman ini adalah rasional, bersederhana dan sensitif terhadap iklim tropika.”

  • Dr Johannes Widodo

hospital besar melaka

Blok-blok berasingan dibina berkedudukan memanjang dan beratap rendah supaya kawasan wad mendapat pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang baik.

hospital besar melaka

hospital besar melaka

hospital besar melakaHospital ini menyediakan kepakaran rawatan dalam pelbagai disiplin untuk pesakit luar dan yang ditahan wad.

Perkhidmatan yang diberikan bukan hanya untuk penduduk di negeri Melaka tetapi juga untuk pesakit dari daerah berdekatan seperti Johor dan selatan Negeri Sembilan.

Hospital Besar Melaka ini merupakan tinggalan sejarah penting dalam bidang perubatan yang harus terus dipelihara.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...