Hospital Bersalin Kuala Lumpur Tutup Selepas 56 Tahun Beroperasi

Trending

Hospital Bersalin Kuala Lumpur Tutup Selepas 56 Tahun Beroperasi

Abang Nara merupakan salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang telah dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Memulakan operasi pada tahun 1963, perkhidmatan hospital ini telah pun ditamatkan selepas 56 tahun dengan tarikh 16 September sebagai tarikh akhir pengoperasiannya.

hospital bersalin kuala lumpur

Advertisement

Namun buat ibu-ibu yang ingin bersalin di Kuala Lumpur, jangan risau kerana ada pengganti yang lebih baik iaitu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

hospital wanita dan kanak kanak kl

hospital wanita dan kanak kanak kl

Bangunan baru ini terletak di dalam Hospital Kuala Lumpur merupakan salah satu usaha bagi menaiktaraf HKL. Dengan saiz yang lebih besar dan rekaan yang menarik, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur ini menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa kepada orang ramai.

hospital wanita dan kanak kanak kl

hospital wanita dan kanak kanak kl

Mempunyai lebih kurang 800 buah katil bagi menempatkan pesakit, dewan bersalin dan bilik pembedahan, ia turut dilengkapi dengan permainan untuk kanak-kanak sekaligus menghilangkan rasa bosan menunggu. Memang cantik dan menenangkan.

hospital wanita dan kanak kanak kl

hospital wanita dan kanak kanak kl

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi alamat di bawah:

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, 50586 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2600 3000
Waktu operasi 24 jam

Sumber theasianparent.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...