Power! Itu yang mampu kami simpulkan apabila mengetahui tentang “interview” Najwa Shibab dengan sebuah kerusi setelah kegagalan Menteri Kesihatan Indonesia,Terawan Agus Putranto menghadiri program kendaliannya, Mata Najwa, semalam.
Cukup sinis, cukup kreatif dan cukup sempoi. Untuk makluman, Najwa telah pun membuat jemputan sejak 6 bulan yang lalu untuk menteri tersebut menjawab tentang isu COVID-19 yang melanda Indonesia.
Difahamkan, tindakan Najwa dan penerbitan itu dibuat selepas Terawan didakwa sudah beberapa kali enggan menerima jemputan menjadi tetamu program itu bagi menjawab isu penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara itu. Menerusi video yang dimuat naik di YouTube Najwa Shihab, Najwa tetap bertanyakan beberapa soalan kepada kerusi itu yang menggantikan Terawan.
Malah, terdapat satu soalan yang mana Najwa secara sinis meminta Terawan meletakkan jawatan.
“Pak Terawan ada banyak menteri kesihatan di dunia yang berundur (letak jawatan) kerana penanganan wabak Covid-19 seperti Menteri Kesihatan New Zealand, Brazail, Chile, Pakistan dan banyak lagi. Pertanyaan saya, apakah penanganan kita lebih baik dari negara yang menteri yang mundur itu?
“Yang jelas bukan sahaja desakan kepada Presiden, tetapi rakyat antaranya melalui petisyen meminta kebesaran hati anda untuk mundur saja. Siap mundur Pak? Atau bagaimana anda boleh menyakinkan rakyat yang anda masih boleh menjalankan atau menduduki posisi yang berat ini?” soalnya.
Najwa juga berharap, Terawan dapat muncul pada program itu bagi menjelas dan memberikan gambaran sebenar situasi wabak Covid-19 di negara itu.
“Ini sebahagian pertanyaan yang bukan hanya datang dari saya, tapi juga dikumpulkan daripada masyarakat untuk anda. Kami tahu takkan ada yang boleh menyelesaikan persoalan pandemik ini sendirian, tapi kami berharap anda setidaknya bersedia untuk memberi gambaran.
“Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto, waktu dan tempat dipersilakan,” katanya.
Video yang turut dikongsikan di Instagram itu sudah mencecah lebih 3 juta tontonan dan mendapat lebih 12,000 komen.
Terdahulu, Najwa menerusi video di IG yang dimuat naik tiga hari lalu menjemput secara terbuka Terawan hadir pada program itu. Jemputan terbuka itu dibuat selepas Najwa mendakwa hampir setiap minggu sejak enam bulan lalu menjemput Terawan.