Syarikat Proton Holdings Berhad akan memanggil semula 94, 577 unit kenderaan keluarannya yang mengalami kerosakan selepas mencapai lebih kurang 40,000 kilometer (km).
“Inisiatif panggilan balik semula ini akan bermula serta-merta dan dijangka mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan.
“Kami akan menghubungi para pemilik dan keutamaan akan diberikan kepada kereta dengan perbatuan 40,000km dan ke atas,” katanya sebagaimana lapor Astro Awani.
Harith juga berkata, kos untuk menggantikan hos getah itu cuma bernilai RM7-8 setiap satu namun kos buruh akan menjadi mahal.
Model yang terlibat adalah Exora, Preve dan Suprima.
Sementara itu, Proton turut memperkenalkan kepada media model baharu Proton Perdana yang dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.